31 Januari, 2008

Hati-Hati Melawat Orang Meninggal

Salam semua..
Amacam..! okay ker semua..harap-harap semua berjalan denga lancar lah yer..
Ini aku dapat satu posting dari satu website yang aku layari baru baru nie..dan ini lah kisah nya...


"Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah. Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang...please take note of this for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.

Oleh: Zalimah Bte Hj Harun

28 Januari, 2008

Berjaya juga akhirnya...

Fuh..!! akhirnya dapat juga aku siap satu minisite yang tak seberapa. Lama juga aku tak update blog nie..bukan apa, tengah memberi tumpuan pada minisite aku tu..kalau tinggal nanti hilang pulak moodnya. Lagi pun aku nie masih teraba-rab lagi maklum ler belajar sendiri. Guru aku cuma internet dan kawan kawan kat forum forum di Internet jer..yang susahnya bila sampai kat bab php tu..nak coding yang buat pening sikit...penyudahnya copy paste jer..muahahaha....

Minisite aku..? hehe lupa ler pulok..!! ni ha...korang pegi kat sini JEJAK JUTAWAN. Aku bagi percuma jer ebook nie, pasal aku pun dapat percuma juga..muahahaha.. takkan aku nak jual plak.. orang yang karang pun tak jual aku plak nak jual..where got road...muahahahaha...

Okay lah..aku harap kepada sesiapa yang telah memilikkinya semoga mendapat menafaat dari buku ini. Selamat maju jaya semua..

15 Januari, 2008

Tak Cekap ler Kalau Macam nie..


Hari ini 15/01/2008 aku mendaftar anak aku yang bongsu di sebuah sekolah berasrama di Ipoh nie, pagi pukul 9.oo daftar. Masa pendaftaran tu aku tengok tak ler berapa ramai sangat ada ler dalam 20 ke 30 murid gitu, lagi pun ini pengambilan kedua. Selepas pendaftaran, pegi beli keperluan untuk anak aku sikit lepas tu di bawa ke hostelnya. Sampai di bilik nya terkejut aku, katil tak der, locker tak der ada lebih kurang 10 orang murid dlm bilik tu..aku ter bayang bagaimana ler pengurusan asrama di situ..takkan diorang tak tau ada budak baru masuk hari tu..sampai benda-benda macam tu pun tak di sediakan.

Aku tengok ada ler bebudak di asrama tu yg dah daftar sebelum nie ( pengambilan pertama ) tengah mengangkut katil- katil untuk di hantar kebilik yang tak berkatil tu..( baru nak sediakan..?). Hehe..tak tau ler sampai pukul berapa nak siap..Nak di hangkut ke tingkat 3 pulak tu..

Moralnya di sini..pekerja kat situ buat ler kerja, jangan dok relak jer..gaji dibayar untuk kita bekerja.

Semoga menjadi pengajaran kepada lain-lain asrama di Malaysia nie. Ibu bapa tak susah, masa tak terbuang kat situ jer.

Salam hurmat. Semoga berkesudahan baik.

Apakah yang dimaksudkan..

Kalau dilihat pada kenyataan senyum kambing, nampak sangat mak bapak sekarang nie kena sentiasa berada dekat dengan anak-anak mereka. Takkan tak der aktiviti lain nak dibuat..?adakah perlu juga berada disekolah..? Jangan Lepas Tangan..? Adakah Malaysia sekarang sudah tidak selamat lagi..?

09 Januari, 2008

Doa AKhir dan Awal Tahun.

Assalamualaikum semua,

Kita semua tahu di dalam calendar tercatit 10 January 2008 jatuh pada 1 Muharram 1429 Hijrah ia itu tahun baru Islam. Jadi wajar la kita semua ambil peluang ini dengan membaca doanya :

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan
berkata :

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syait
an berkata :-

"Telah amanl
ah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memelihara
nya daripada fitnah Syaitan".

Ini lah doanya:

Akhir Tahun

Awal Tahun.


Rebut lah wahai umat Muhammad, mudah-mudahan Allah memberikan

Pengampun nya kepada kita umat yang banyak berbuat dosa dengan sengaja ataupun tidak.

01 Januari, 2008

Minda Anda Mencorakkan Perwatakan Anda

Didalam Ilmu Minda Separa Sedar diutarakan bahawa; “Anda adalah Apa yang Anda Fikirkan”. Jika Anda Fikir dan “Percaya serta Yakin” Anda BOLEH berjaya menjadi jutawan yang gemilang dan terbilang maka ucapkanlah dan resaplah perasaan itu ke dalam jiwa anda..!! Dengan cara ini semangat berusaha yang mantap akan timbul secara automatik ke dalam diri anda.

Cabar diri anda sendiri dengan melakukan perkara yang kecil-kecil dahulu. Bayangkan matlamat anda untuk menjadi jutawan itu berada ditangan anda. Segala masalah yang dihadapi ketika ini ketepikan terlebih dahulu kerana ia boleh menghalang gambaran kejayaan anda itu.

Buang perasaan negatif seperti takut, malu, malas, suka bertangguh-tangguh dan sebagainya dan mulakan langkah anda

Timbulkan perasaan bersyukur kepada Allah Ta’ala kerana dengan limpah kurniaNya anda tidak perlu membayar satu sen pun nikmat yang dianugerahkanNya itu iaitu ‘Hayat’ (Nyawa) anda. Dia Maha Tahu apa yang kita perlukan bukan Dia membiarkan anda tanpa pengawasan. Cuma kita sahaja yang lupa akan Dia.

Hidup kita akan menjadi tenang jika kita sentiasa bersyukur kepadaNya. Sebenarnya jika kita dilanda kesulitan atau kesenangan sama saja bagiNya cuma kita sahaja yang tidak tahu akan rahmatNya. Ianya adalah sebagai satu ujian yang berpanjangan selagi Hayat kita masih ada. Seperti kata pepatah Hidup ini umpama ‘Roda’, hari ini kita di atas, esok lusa mana tahu kita dibawah pula..kan.

Diwaktu senang inilah lekas-lekas kita membantu sesiapa yang menghadapi kesusahan. Jika dikaji-kaji sebenarnya wang zakat yang dikeluarkan oleh orang yang mengeluarkan zakat itu tak akan luak-luak. Sentiasa sahaja penuh jika kita bertanggung jawab melaksanakannya tanpa bertangguh-tangguh sebab ada yang berhak sedang menunggu-nunggu untuk menerimanya.

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia meninggal meninggalkan nama?.. bukan sekadar nama sahaja kita meninggalkan memori kedalam fikiran orang yang telah dibantunya.. Jika seorang penyanyi; pasti suara nyanyian mereka akan terpahat dikotak fikiran orang yang mendengarnya, jika seorang pelakon, pasti seni lakonannya akan menjadi ikutan kepada penyambung generasinya pula.

Jika direnung semasa kita kecil-kecil dahulu ibubapa kita pernah bertanya kepada kita esok besar nak jadi apa? Malahan diwaktu sekolah dulu pun cikgu ada menyuruh menulis karangan tentang cita-cita bila sudah dewasa kelak nanti. Maka kita pun mengaranglah berjela-jela tentang cita-cita bile sudah bekerja nanti untuk menjadi seorang guru, doktor, jurutera dan sebagainya yang kebanyakannya kerja ‘makan gaji’. Dan akhirnya perkara itu pun melekatlah didalam minda kita sehinggalah kita meningkat dewasa.

Tidak terfikir dan tidak terlintas pula untuk menulis ‘Esok bila sudah dewasa saya bercita-cita ingin menjadi seorang jutawan yang gemilang dan terbilang”.. Mungkin sebab kita malu kot masa tu untuk menulis tajuk karangan yang diberikan itu..

Maka bila ibubapa dahulu menanamkan sikap ‘makan gaji’ kepada hidup anak-anaknya, maka sudah tentulah ianya berlarutan sampai ke generasi yang ntah ke berapa agaknya..

Mungkin sejak dahulu lagi sikap ‘mental block’ telah lama diajarkan oleh pihak penjajah atau sebab ilmu minda separa sedar telah dibuang dari pemikiran masyarakat kita dahulu. Jika dikaji-kaji sebenarnya masyarakat Melayu kita dahulu amat hebat-hebat belaka. Segala ceruk rantau benua telah mereka terokai.

Kebanyakan kita hari ini lebih kepada menggunakan produk yang dicipta oleh pihak luar (asing). Jika ada produk sendiri pun kemungkinan kita tidak membuat kod paten bagi melindungi dari diciplak oleh orang lain.

Marilah kita sama berganding bahu terutama masyarakt Melayu yang sebenarnya banyak ilmu tetapi lebih suka menyembunyikan daripada diketahui oleh orang agar berkongsi ilmu. Minda Separa Sedar anda tahu anda boleh melakukan seperti mana orang lain boleh lakukan apa juga yang diingini dalam memenuhi keperluan hidup.

Tapi masih ada lagi perasaan curiga kalau-kalau ideanya akan mendapat saingan yang hebat dari pihak lain. Jika kita bersedekah dan kita yakin Allah Ta’ala jualah yang pemberi rezeki kepada kita lambat-laun juga rezeki kita akan bertambah-tambah berlimpah-ruah itu pu jika kita percaya dan yakin tanpa keraguan didalam hati.

Saya selalu tanamkan serta berniat didalam hati untuk ingin memiliki harta atau kekayaan tanpa batasan dengan harapan untuk dapat memperbaiki kehidupan saya ini serta dapat membantu kepada mereka-mereka yang mengalami masalah kewangan agar mereka merasa masih ada lagi insan yang ingin membantu mereka dikala kesulitan yang dialami.

Tahukah anda bahawa sebenarnya anda itu “Kaya”. Sebab apa saya kata begitu, kerana anda pun ‘kaya dengan ilmu’, tanpa ilmu anda berada didalam kegelapan. Sudahlah kaya dengan ilmu dianugerahkan pula dengan sifat kehendak. Jika tidak ada sifat kehendak rasanya tak adalah cerita kat atas dunia ini. Yang si lelaki tidak ada rasa kehendak kepada wanita begitu juga si wanita tadi tidak ada sifat keinginan kepada si lelaki. Di sinilah letaknya “LOA” ( Hukum daya tarikan).. tarik menarik.. ( Anda cantik menarik tertarik deebomm.. pernah dengar lagu ni.. hmm pernahkan.)

Tahukan anda apakah janji kita semasa dialam roh dahulu? Minda Bawah Sedar kita akan teringat bila kita membuka lembaran AL-Quran yang menceritakan bahawa kita akan menyembah dan tunduk taat serta patuh akan perintah Allah sebelum dikeluarkan ke alam yang terang nyata ini.

Minda kita sekarang ini baru tahu bahawa rupanya kita telah bersumpah akan taat perintah Tuhan semesta alam. Terpulanglah kita untuk menentukan sama ada kita hendak patuh atau tidak, hendak kaya atau tidak, hendak senang atau tidak, hendakkan banyak pahala atau tidak.

Seperti firmanNya; “Tidak akan merubah sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri merubah nasib diri mereka sendiri..” (..maaf tak ingat ayat surat apa.. tapi begitulah maksudnya.. ye). Minda anda merasa susah, maka susahlah kesudahannya. Minda anda merasa mudah maka mudah juga yang kita rasa. Minda anda rasa takut, sampai bila-bila pun rasa takut itu akan mengikut anda.. bebaskanlah semua pekara negatif anda mulai sekarang.. Bersikap Positif dalam apa jua keadaan. Baik susah atau senang. Sentiasa katakan pada diri anda “Aku mahukan kebebasan segala masalah atau bebanan; tidak kira kewangan atau perihal kehidupan anda.”

“Always be Happy”,.. Senyuman anda adalah sedekah sebab anda Kaya dengan Senyuman. Anda tidak akan kerugian jika bersedekah dengan senyuman anda itu.

p/s: Disedut dari Blog Cari Duit Buat Wang.

30 Disember, 2007

Memupuk Fikiran Positif Memerlukan Latihan.

Salam semua..agak lama juga tak update blog ini. Agak sibuk sikit dengan kemasukkan anak-anak ke sekolah , sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan mereka.

Kali ini saya letakkan satu artikel dari seorang internet motivator iaitu saudara Shueqry. Beliua telah menulis:

Melatih diri untuk berfikiran positif sebenarnya boleh dilakukan. Anda kena rajin berlatih. Ini beberapa tips untuk memupuk fikiran positif dan tindakan yang positif.

1. Berani Berubah.
Hijrahkan diri Anda kepada yang baik-baik, cakapan yang baik-baik dan menumpu pada aspek yang baik saja, walau seburuk manapun orang lain memperlakukan Anda. Ubah pemikiran kepada yang baik-baik, pinggirkan rasa sakit hati, dengki, iri hati, meluat, menyampah, marah, cemburu dan tak puas hati, kerana sikap sebegitu memusnahkan diri Anda sendiri tapi Anda sedari dalam diam.

Yakinlah orang yang berkelakuan baik takkan pernah rugi, bahkan aura kebaikannya mendapat tempat istimewa di hati setiap orang. Walaupun pernah kebaikan Anda dibalas dengan kejahatan dan sesekali Anda diperbodohkan, tapi kebaikan selalu menang dan kesannya berpanjangan.


2. Rajin Beristighfar.
Mohon keampunan pada Allah swt kerana fikiran negatif sebenarnya adalah bisikan syaitan yang sememanya mahu manusia bermusuhan dan menjadi jauh dari Allah. Rajin berisighfar akan dapat meneutralkan getaran emosi negatif yang muncul di dalam minda, hati, jiwa dan sanubari.

Orang yang rajin beristighfar dirinya dekat dengan Allah dan kesannya, dia dekat dengan rahmatnya dan segala kekayaannya. Pernah tak nampak orang yang dengki dan yang selalu iri hati menjadi kaya dan berjaya?


3. Kawal Perkataan.
Hati-hati bila Anda berkata-kata pada orang lain dan pada diri sendiri. Seboleh-bolehnya, elak dari mengumpat orang, berkata keburukan orang lain, mengomplen, mengkondem mahupun menyatakan rasa tidak puas hati Anda pada sesiapa saja. Kata-kata buruk yang Anda ucapkan di kala ini cenderung kepada yang negatif, lalu emosi Anda juga berubah menjadi negatif serta merta.

Kawal perkataan Anda di fikiran dan di dalam hati. Kalau ada keluar yang negatif, cepat-cepat tukar kepada yang positif jadi gelombang minda yang terhasil dari perkataan negatif tu dapat dineutralkan semula. Jadi, fikiran Anda dipenuhi oleh gelombang emosi positif.


4. Disiplin.
Biasakan diri memandang yang baik-baik saja pada semua orang. Anda terbiasa dengan fikiran negatif kerana dikelilingi oleh orang-orang berfikiran negatif, yang berkata yang negatif di kedai kopi, di cyber cafe, di rumah, dipejabat dan sehingga nak masuk tidur.

Disiplinkan diri Anda untuk dekat dengan hal-hal positif, latih diri untuk kagum pada orang lain (walau sekecil manapun pencapaiannya dan sekecil mana kelebihan dirinya) serta tekad untuk berkata baik pada semua orang.

Allah maha adil. Fikir negatif, maka Anda dapat yang negatif.

Ini hukum alam. Jadi, jangan sesekali mempersoalkan takdir mengapa Anda seringkali gagal, apa yang Anda buat tak menjadi dan hidup Anda asyik di rundung masalah tak kira dalam aspek kewangan, kerjaya, perhubungan mahupun emosi. Takde istilah kebetulan dan tiba-tiba, sebenarnya ia ditarik oleh kuasa minda separa sedar dengan keizinan Allah swt.

Itu salah satu kelebihan minda separa sedar yang ramai orang tak tahu dan ramai orang tak teringin nak tahu sebab pada mereka hal sebegini membuang masa, tahyul dan tak memberi kesan lebih-lebih bila ia masuk kepada persoalan duit. Tapi, bagi yang tahu menggunakan kelebihan minda dan merasai kesannya, sudah tentu merasa gembira kerana mereka boleh mencapai apa saja yang mereka mahukan.



Shueqry
blogger motivasi Malaysia

19 Disember, 2007

Usah lagi tertipu dengan skim pelaburan haram & skim cepat kaya di internet!

Ketahui! Kaedah membuat duit di internet yang sebenar!

Artikel ini saya dapat dari wangcyber.com, sama-samalah kita memikirkannya.


Kepada rakan yang dikasihi..

Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama islam. Kenyataan ini telah serba sedikit menggembirakan saya, kerana sejak dahulu lagi telah saya ketahui, skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet ini sebenarnya adalah merupakan skim ponzi alaf baru yang hanya bertujuan untuk menipu masyarakat yang sememangnya terlalu mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi kaya dengan cepat.

Pengharaman tersebut juga telah serba sedikit menyedarkan beberapa pihak yang telah terjebak ke dalam perangkap skim pelaburan tipu tersebut untuk cepat-cepat kembali ke jalan yang betul dan mengeluarkan diri mereka dari terus hanyut dan menjadi barua kepada komplot penipuan tersebut.

Ditambah pula dengan liputan-liputan serta pendedahan yang dilakukan oleh pihak media, maka, semakin ramailah masyarakat yang tersedar dan mula berhati-hati dengan peluang-peluang membuat duit melalui inernet ini.

Namun begitu, sesuatu yang sedikit mengecewakan. Ramai masyarakat yang terkeliru dengan istilah PELABURAN INTERNET dengan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan "Buat Duit di Internet" adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, seperti Pusat Keselamatan Siber Malaysia juga turut terkeliru mengenainya.

Membuat duit atau menghasilkan pendapatan melalui internet sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah terdapat ramai individu-individu di dunia amnya dan di Malaysia khususnya, telah berjaya menghasilkan duit yang banyak menerusi internet. Antara nama yang paling dikenali ramai adalah Dr. Irfan Khairi . Beliau, telah berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet.... diulangi.. PERNIAGAAN INTERNET.... atau perlukah saya mengejakannya? P . E . R . N . I . A . G . A . A . N ... bunyinya apa?... PERNIAGAAN ... (pandainyeeeee~~~ anak sapa ni~~?).............. Aik..? dah habis..? Belum lagi..ada lagi meh ke sini------>> SAMBUNGANNYA..

Membina Asas Kuasa Minda

Hasil tulisan Shueqry - Blog Motivasi pembangunan diri.

Saya seringkali ditanya bagaimana saya boleh membina kuasa minda dalam diri, gerak hati yang kuat dan segalanya yang berkaitan. Rasanya saya masih lagi "murid" dalam ilmu kuasa minda dan disebabkan itu saya tak berhenti belajar menimba ilmu. Namun, saya akan beritahu pada Anda semua apa yang saya pelajari.

Syarat pertama, Anda perlu ada disiplin. Means bila Anda melihat sesiapa jua, mendengar sesuatu, menyentuh sesuatu dan berkata tentang sesuatu, fokus pada nilai-nilai positif saja. Ini adalah konsep paling asas untuk membina fikiran positif, dengan itu Anda boleh menarik yang positif.

Kedua, amalkan meditasi secara konsisten. Mula-mula 5 minit dalam sehari, kemudian 10 selama minit, selepas tu 2o minit, berlatih lagi sehingga Anda mampu lakuannya selama lebih 30 minit. Dengan meditasi, Anda mampu mengawal fikiran, emosi dan gelombang minda, kesan daripada itu memberi ketenangan pada jiwa Anda.

Ketiga, sanggup elak dari berada di dalam keadaan tertekan sama ada dalam keadaan fizikal ataupun mental. Untuk mempraktikkan kuasa minda, Anda perlu berada di dalam emosi yang tenang, suasana yang tenang fikiran yang tak kacau, setenang air mengalir di sungai. Relaks saja, jangan terlalu gopoh.

Bagi saya, cara terbaik untuk meditasi adalah dengan zikir, mula-mula beristighfar, selawat dan kemudian barulah zikir sehingga berasa benar-benar tenang. Kuasa minda meningkat bila kita semakin tenang, semakin relaks dan semakin santai, tapi jangan sampai tertidur pula!.

18 Disember, 2007

Hari Keluarga TM Perak

Sekitar Hari Keluarga TM Perak.



Pada 16/12/2007 TM Perak telah mengadakan Hari Keluarga bagi seluruh warga TM utk. Negeri Perak. Lokasi hari keluarga tersebut adalah di Lost Worl of Tambun . Boleh dikatakan meriah ler juga yang tak pernah masuk pun merasa ler masuk ke situ, yang pastinya bebudak ler yang seronok apa nak buat zaman teman bebudak dulu benda benda nie semua tak der lagi. Abih sangat mandi sugei ler..muahahahaha... Jadi ler nompang seronok ngan bebudak.... Banyak juga acara-acara yang di adakan, karaoke ade, senam robik 'Poco-Poco', apasal di bagi nama 'Poco-Poco' jangan tanya teman hehehe..., Explore Race, Longest Straw,sandwish, Honey Don't Break My heart..amboi..!! dan lain lain lagi. Teman tak der masuk apa pun..

Lagi pun teman balik awal, dalam pukul satu lebih teman dah balik dah. Yang syok nyer, 60 cabutan bertuah satu pun tak hinggap, memang tak der rezeki...tapi tak per..Panjang umur hari keluarga tahun depan kita cuba lagi..hehehe..

Apa-apa pun Hari keluarga pada tahun ini memang Grand ler..Terima kasih TM. Juga terima kasih pada AJK semua, walaupun ada sedikit ketidak puasan hati sesetengah kakitangan semasa pendaftaran tapi nampaknya semua berjalan dengan baik, biasa ler ramai orang kan..?

Okaylah sampai disini dulu. Insyallah panjang umr, murah rezeki kita berjumpa lagi di tahun hadapan. Dimana..? hehehe..tak tahu lagi...Tungguuuuu....!

17 Disember, 2007

Afirmasi - Makna Dan Peranan

Posted: 28 Nov 2007 07:28 AM CST -

By. Shueqry

Salam pembaca blog. Kali ni dalam tips kuasa minda, saya berkata tentang afirmasi, dalam bahasa Ingerisnya di sebut "affirmation". Afimasi merupakan ayat pernyataan diri yang kita ucapkan pada diri sendiri.

Jika Anda melihat seorang model iklan yang cantik lalu memuji kecantikannya, itu adalah pernyataan diri Anda kepada model tu. Afirmasi dapat meningkatkan kuasa minda separa sedar. Selain afirmasi, kuasa minda separa sedar dapat dipertingkatkan melalui kaedah visualisasi, imaginasi, gambaran minda dan meditasi.

Setiap perkataan yang kita baca, dengar dan yang kita ucap ulang-ulang memberi getaran emosi yang berlainan. Banyak perkataan yang kita ucap sehari-hari adalah perkataan yang negatif, lebih-lebih seperti memberi keseronokan pula mengumpat keburukan orang lain. Ini realiti, bukan niat saya untuk menyindir sesiapa kerana saya sendiri pernah melaluinya ( ni kesilapan peribadi saya di masa lalu).

Secara tak sedar, andai kita suka mengumpat keburukan orang lain sama ada yang diucap atau di dalam hati, kita menanam benih afirmasi negatif dalam minda separa sedar lalu menyebabkan sukar untuk kita mengubahnya. Justeru, minda separa sedar kita menarik fikiran negatif orang lain pada kita, situasi negatif, perkara dan benda-benda negatif juga. Antara pernyataan diri negatif yang selalu saya dengar adalah:

"saya tak dapat buat".

"memang dah nasib saya asyik ditimpa masalah".

"semua yang saya usahakan tak menjadi"

"ada-ada saja masalah yang muncul tiap bulan"

"saya tak bijak, tak cantik dan tak mampu melakukannya".

Cuba sebut perkataan ni berulang-ulang, apakah perasaan yang timbul pada diri Anda? Rasa macam takde harapan, ye tak? Kesannya, Anda semakin lemah, takde keyakinan, rasa rendah diri, terasa takde harapan dan terasa orang lain lebih bertuah pula dari Anda.

Lebih ekstreme, merasa Tuhan tak adil sebab selalu memberi Anda musibah. Jadi, untuk memotivasikan diri dan menyuntik semangat membara pada diri Anda, tukar ayat afirmasi tu kepada yang lebih positif.

10 Disember, 2007

Antara 'curi-curi ke dapur dan pisang goreng berminyak'


Posted by: "umar faruqi" faruqi03@yahoo.com ustazzmuda
Mon Jul 9, 2007
Dr Harlina: Antara 'curi-curi ke dapur dan pisang goreng berminyak'
Nyza Ayob


Penulis tertarik dengan cerita Ketua Wanita JIM, Dr Harlina Halizah Siraj
sewaktu bersembang dengannya selepas sidang akhbar yang dikendalikan
baru-baru ini. Kebetulan waktu itu menjelang sambutan hari ibu.

Jadi, perbualan kami banyak berkisar pada kisah ibu Dr Harlina. Daripada
ceritanya, dapatlah penulis mengenali dengan lebih dekat pakar obstetrik
dan ginekologi HUKM ini.

Apa yang menarik bukan sahaja kenangan Dr Harlina bersama ibunya, bahkan
ceritanya mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita sebagai ibu bapa.

Pengalaman pertama kali ke dapur mungkin dialami setiap orang.
Bagaimanapun
apa yang ingin dikongsi bersama pembaca ialah kisahnya yang curi-curi ke
dapur.

"Waktu itu saya masih bersekolah rendah. Suatu hari ibu dan ayah tiada di
rumah. Saya berasa bosan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Tiba-tiba
terdetik di hati saya untuk memasak. Sedangkan sebelum itu saya tidak
pernah memasak kerana ibu melarang disebabkan saya masih terlalu kecil.

"Kebetulan ada pisang di dapur. Saya terdetik untuk menggoreng pisang.
Tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk membuat pisang goreng. Maklumlah
selama ini hanya tahu makan sahaja. Akhirnya saya ambil pisang-pisang tu
dan membuang kulitnya lalu terus masukkan ke dalam minyak di atas dapur.
Memang pisang tu jadi lembik dan tersangat berminyak. Saya jadi hairan
kenapa pisang goreng tu tidak seperti yang ibu masak

"Bila ibu pulang, saya jadi takut kerana bimbang dimarahi ibu. Maklumlah
saya masuk ke dapur waktu ibu tiada dan pisang goreng pulak jadi lembik
dan
berminyak. Tapi apa yang mengejutkan saya, ibu memuji saya kerana memasak.
Paling tidak saya sangka, walaupun pisang goreng itu tidak disalut tepung
seperti biasanya, ibu makan juga pisang goreng saya. Ibu bukan sahaja
memuji dan tidak memarahi saya, malah daripada itu ibu mula mengajar saya
serba sedikit memasak, "cerita Dr Halina sambil ketawa mengingatkan kisah
penuh nostalgia itu.

Jelas Dr Harlina, sewaktu itu beliau berasa cukup dihargai. Walaupun
banyak
kekurangannya bagi anak kecil sepertinya sewaktu itu, mendapat pujian
daripada ibu setelah melakukan sesuatu yang baru merupakan sesuatu yang
paling menggembirakan.

Cerita Dr Harlina bersama ibunya mungkin sedikit sebanyak memberi
pengajaran kepada para ibu bapa supaya menghargai apa yang dilakukan
anak-anak. Walaupun apa yang dilakukan anak mungkin ada kekurangan dan
kesilapan, tidak salah rasanya kita memuji serta menghargai apa yang
dilakukan.

Tidak mustahil jika ada anak-anak yang hanya melakukan seperti Dr Harlina
itu, ada ibu yang melenting.

Mungkin ada ibu yang menghamburkan kata-kata, "Siapa suruh kau masak?
Dahlah tu, orang buat pisang goreng bukan macam ni. Berminyak! lembik!
siapa nak makan? Buanglah jawabnya, membazir lah ni!".

Harap-harap jika ada anak melakukan percubaan pertama, kita cuba untuk
menghargainya sambil memperbetulkan serta mengajar apa yang sepatut
dilakukan.

Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak serta memaki hamun apabila
menegur kesilapan anak-anak merupakan antara 40 kesilapan yang dilakukan
ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ini antara yang dinyatakan pakar
motivasi Dato' Dr Hasan Ali.

Dalam suasana seperti yang dialami Dr Harlina itu, anak bukan sahaja
terasa
diri dihargai bahkan kemesraan antara ibu dan anak semakin erat.

Apabila menyentuh tentang kemesraan dalam keluarga, penulis teringat
kata-kata nasihat Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ismail Noh dalam satu
sesi
temu ramah bersamanya.

Bagi membentuk satu institusi keluarga yang harmoni katanya, kesibukan
dengan tugas serta karier bukanlah penghalang bagi ibu bapa meluangkan
masa
bersama anak-anak.

"Luangkanlah masa seketika bersarapan bersama anak-anak. Bagi saya, waktu
sarapan ialah waktu yang cukup baik untuk kita bersama anak-anak walau
seketika. Tidak kira sama ada yang beragama Islam atau bagi agama lain,
keadaan ini harus diterapkan dalam kehidupan harian. Biarlah kita bermesra
sejenak dengan anak-anak.

"Pastikan juga apabila kita pulang dari kerja, anak-anak juga sudah berada
di rumah. Dan panggillah anak-anak dengan panggilan yang baik. Dekati
mereka sambil bertanya masalah yang dihadapi. Apabila kita mendidik mereka
biarlah berterusan. Sebaik-baik pekerjaan itu berterusan ," demikian kata
Ustaz Ismail.

Nasihat Ustaz Ismail lagi, pendidikan kepada anak-anak mestilah
berpanjangan. Sungguhpun anak-anak sudah berumah tangga serta tinggal
berasingan, kita masih berpeluang bermesraan serta bertanya khabar mereka.

Hubungan yang rapat ini katanya tidak akan terputus. Hasilnya anak-anak
akan melihat kebaikan yang dicurahkan ibu bapa serta akan menghargainya.

Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan serta melahirkan
suasana yang kurang seronok ketika makan juga merupakan antara kesilapan
ibu bapa dalam mendidik anak, yang dinyatakan Dr Hassan Ali.

Mungkin jika suasana sebegini diterapkan kepada anak-anak, tidak akan
timbul isu 'anak derhaka' sebagaimana yang dilaporkan media kebelakangan
ini.

Sebagai ibu bapa rasanya tidak salah kita menjadi pendengar yang setia
bagi
setiap permasalahan anak serta menjadi sahabat serta kawan yang paling
akrab. Dan sebagai anak cubalah memahami segala teguran ibu bapa kerana
setiap teguran itu tidak lain hanya untuk membawa kebaikan yang
berterusan.
- mks.

08 Disember, 2007

KACUKAN BABI DAN BIRI-BIRI



Salam semua..
Gambar yang mengejutkan, baru baru ini aku menerima gambar yang tak disangka-sangka, nak kata biri biri bukan, nak dikata babi pun bukan. Tapi hakikatnya korang tengok ler gambar yang aku lampirkan ini. Adakah ianya super impose..? kalau sekiranya super impose kira kita nie bernasib baik ler..tapi kalau sebaliknya, maksud aku gambar ini adalah gambar ori dan ianya adalah hasil kacukan antara biri-biri dan babi bagaimana..? apakah daging kambing yang diimport dan di jual di kebanyakkan hypermarket di Malaysia ni HALAL..?

Aduh..apa dah jadi nie... apakah sikit masa lagi kita akan menghadapi lambakkan bahan makanan yang tidak halal. Sekarang pun kita masih tertanya tanya apakah status halal yang yang tertera logo halal di pembalut atau bungkusan sesuatu barangan itu ternyata 'kehalalannya', kerana ada terdapat logo halal yang luput tarikhnya pun masih berada di pasaran kita. Kalau nak pasti lawati laman ini PERIKSA HALAL.

Dari gambar di atas, sama sama lah kita semua mengambil iktibar bahawa musuh musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk melemahkan umat Islam seluruh dunia dengan cara yang yang amat halus.

Sekian buat kali ini. Jumpa lagi....semoga semuanya berkesudahan baik.

04 Disember, 2007

MERBAHAYANYA CACING DALAM BADAN


Posting dari seseorang berkenaan dengan cacing. Harap-harap dapat memberi panduan buat kita semua. Insyaallah...!!!


Assalamualaikum...

Pada minggu lepas, sewaktu bertugas di Ampang, seorang warga asing Islam keturunan Bangladesh telah datang ke klinik. Pada awalnya, saya menyangka anaknya yang berumur 4 tahun itu mengalami demam kerana wajahnya yang sugul dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, bapanya telah memberitahu bahawa 2 hari lepas ketika anaknya membuang air besar, anaknya ada memberitahu terjumpa beberapa ekor "ular" di dalam najisnya.



Bagai tidak percaya, bapanya sendiri melihat, dan mendapati beratus-ratus ekor cacing kecil yang bergumpal, sebesar bola golf keluar dari punggung anaknya. Saya dengan rasa gerun (anda tak gerun ke tengok cacing kelua dari punggung manusia?) pun memeriksa... betul kata si ayah... ada 6 ekor cacing halus (? Pinworm : Enterobius Vermacularis) menggeliut di sekeliling lubang dubur. Saya terus memakai sarung tangan, mengambil salotape dan melekatkannya di tempat cacing tersebut untuk mengalihkannya.... Apa pulak saya nak buat ngan cacing ni pagi-pagi buta ni (pukul 2 pagi)? Nak hantar kat lab... mana ada lab.. so saya pun buangnya ke dalam special bin... Saya cuba nak tunjuk kepada nurse saya... tapi mereka menolak dengan penuh "sopan"... hehehe... tak pernah-pernah sopan macam tu...


Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak... terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.
Cacing-cacing yang popular di Malaysia (tak payah AFUNDI lah.. :) :-

  • Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) - besar macam gelang... boleh
masuk hati dan paru-paru..
  • Cacing kerawit (Necator Americanus) - ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!... ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
  • Cacing rambu atau cacing benang - selalu melekat di kawasan dubur, halus
  • Cacing pita - macam pita, pipih tapi panjang... susah nak dibunuh..

** Masa kami belajar perubatan dulu kami diwajibkan mengenal cacing-cacing ni sebab masuk periksa - sekali dia menguit... dah tahu jantan betina... hehehe.. ***

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

  • * Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis

  • * Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam

  • * Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung

  • * Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada

  • * Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)


* Demam, ruam-ruam badan, alahan

  • * Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)


Apa yang anda perlu buat :-


1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada


Ada 2 jenis ubat cacing
1. Albendazole/mebendazole

Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya

2. Pirantel Pamoate


Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala di atas.. maka bolehlah datang ke klinik secepat mungkin... jangan jadikan anda mangsa cacing... dan khusus kepada kaki pancing yang tengah gian.... jangan jadikan "cacing anda" sebagai umpan... kua.. kua.. :)


Posted by Dr Azwan


28 November, 2007

Shahrir Abd Samad Cadang Kerajaan Beli PLUS

Saya bersetuju 100% dengan saranan ahli parlimen Johor Bharu yang juga Pengerusi JK Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Shahrir Abd Samad. Dalam kesempitan hidup berenang di dalam arus kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang tidak putus-putus, lalu bila terbit idea dan saranan yang bernas kita perlu segera menyahut dan menyokongnya.

Dari JB Shahrir mencadangkan agar kerajaan membeli sahaja keseluruhan pegangan saham Plus Expressway Berhad atau PLUS sebagai langkah mengelakkan kadar kenaikkan tol lebuh raya. PLUS kini merupakan satu-satunya pemegang konsesi lebuh raya yang terbesar menguasai lebuhraya Utara- Selatan dan sebahagain besar yang menuju ke Bandaraya KL.
Kata beliau pembelian itu nanti akan menjadikan aset PLUS sebagai aset awam, lalu isu kenaikkan harga tol dan pampasan yang perlu dibayar kerajaan dapat dikaji dan disemak semula sekaligus melepaskan rakyat dari bebanan kenaikkan kadar tol yang berpanjangan.

Banyak perkara boleh dirundingkan semual oleh PLUS termasuklah tempoh pinjamannya dengan bank apabila PLUS dikuasai kerajaan.

Idea Shahrir ini perlu dikaji dan diambil kira. Yang ada dihadapan kita adalah ancaman dari Menteri Kerjaraya, Samy Vellu, bahawa jika kadar tol tidak dinaikkan bermula Januari 2008 nanti kerajaan terpaksa membayar pampasan RM380 juta kepada pemegang konsesi. Mengapa kita tidak fikirkan jalan penyelesaian? Mengapa kita tidak pertahankan nasib dan kebajikan rakyat?

Idea Shahrir ini bagi saya satu punca penyelesaian dan jika ia tidak dipandang serius, maka rakyatlah nanti akan menjadi mangsa memikul beban-beban yang baru sedangkan beban yang ada sudah melemahkan lutut masing-masing. Mungkin sudah sampai masanya kabinet Malaysia diisi orang seperti Shahrir dan bukannya yang ketandusan idea seperti yang ada hari ini.


From: Roslan SMS Corner


TIGA BELAS AURAT WANITA


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.


Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

27 November, 2007




MINYAK KELAPA DARA (PURE) + MADU –VCOH

Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fat) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum begitu sahaja. Manakala madu asli sudah diketahui umum akan khasiat semulajadinya.

PENYEMBUHAN ALAMI LUAR BIASA.

Salah satu penggunaan minyak kelapa dara yang paling baik adalah untuk memperlembut dan menyembuhkan kulit kering dan mengendur. Ketika mula disapukan pada kulit ia kelihatan berminyak. Namun oleh kerana sifatnya yang sangat mudah diserap ia tidak meninggalkan lapisan tipis berlemak seperti kebanyakan losyen dan minyak komersial. Satu hakikat tentang kehebatan minyak kelapa dara berbanding dengan losyen adalah ia bukan sahaja dapat melembutkan kulit seperti losyen, tetapi ia berupaya menghilangkan lapisan sel kulit yang mati disamping dapat mendorong pertumbuhan jaringan baru yang lebih sehat.

Banyak orang memperakui bahawa ketika dipakaikan dikulit minyak kelapa dara membantu mencegah sengatan sinar matahari yang panas, sehingga dapat membantu dari gangguan seperti perkembangan kanser kulit dan jeragat kerana kelebihan cahaya ultraviolet. Pengerutan dan kulit kering boleh juga disebabkan kerana terlalu banyak sinar matahari. Minyak kelapa dara dapat juga membantu melindungi kulit dari cahaya matahari yang merusak sehingga dengan mudah tubuh secara perlahan-lahan dapat beradaptasi dalam keadaan demikian sehingga akhirnya boleh tahan terhadap cahaya yang semakin besar. Tidak seperti sunscreen, minyak kelapa dara tidak berfungsi menghambat cahaya ultraviolet, namun memudahkan tubuh untuk menyesuaikan diri secara alami terhadap sengatan cahaya matahari, sehingga dapat meningkatkan tingkat toleransi seiring dengan berlalunya waktu. Namun oleh kerana jenis kulit yang berbeda, tingkat toleransi setiap orang juga berbeda.

Mengapa minyak kelapa dara mampu merangsang penyembuhan dan pemulihan? Hal ini disebabkan kerana pengaruh metabolik yang dimiliki MCFA pada sel. Aktiviti selular, termasuk penyembuhan luka , diatur oleh metabolisma. Ketika angka metabolik tinggi, aktiviti selular dipercepat dan proses seperti penyembuhan jaringan terluka, penghapusan racun, penyerangan sel rusak atau sel mati dengan sel baru yang dilakukan pada aktiviti yang tinggi. Maka dari itu, proses penyembuhannya dapat dipercepat kerana MCFA memberikan sumber energi yang cepat pada sel untuk meningkatkan metabolik dan kemampuan penyembuhan.

Keistimewaan khusus minyak kelapa dara yang sangat berkesan adalah kemampuannya mengurangi peradangan, iaitu dapat meredakan radang kulit kronik dalam waktu hanya beberapa hari. Dalam satu kajian yang dilapurkan oleh Dr. S. Sadeghi dan lain-lain,menyatakan bahawa minyak kelapa dara dapat menurunkan bahan-bahan kimia pro-peradangan pada tubuh. Mereka menyarankan bahawa minyak kelapa dara sangat berguna pada pengubatan beberapa penyakit peradangan yang parah. Jika minyak kelapa dara di ambil dalam pemakanan, ciri-ciri penyembuhannya sebagaimana yang berlaku pada kulit juga berlaku di dalam tubuh. Gangguan yang berkaitan dengan radang terutama sekali di dalam saluran gastrointestinal seperti colitis, bisul, hepatitis dan hemorrhoids, telah dapat disembuhkan dengan minyak kelapa dara ini. Minyak ini juga mungkin membantu meredakan radang di bahagian tubuh lain seperti terlihat pada multiple sclerosis, arthritis, dan peradangan pada pembuluh nadi (phlebitis) yang bisa menyebabkan pengerasan pembuluh nadi dan sakit jantung.

Dari huraian di atas menjelaskan bahawa minyak kelapa dara yang digunakan di dalam atau diluar tubuh, telah memberikan banyak manfaat kesihatan yang sangat menakjubkan.

Kelibihan Minyak Kelapa Dara Pure dan Bermadu

Dari hasil penyelidikan dan kajian saintifik yang telah dibuat, menunjukkan Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Medium Chain Fatty Acids, memberikan banyak manfaat dan kelebihan terhadap kesihatan manusia seperti berikut:-
Kecantikan luaran:
  • Membantu mengurangkan berat badan dan kegemukan berlebihan dengan meningkatkan angka metabolik
  • Digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga dengan pilihan untuk disimpan sebagai lemak-lemak dieter yang lain
  • Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis
Kesihatan dalaman:
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan mental dan fizikal (atlit sukan USA & Eropah banyak menggunakannya)
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
  • Mengurangkan stress pada pancreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid
  • Mengurangkan kesakitan masalah pencernaan dan cystic fibrosis
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dar serangan osteoprosis
  • Memperbaiki kinerja dan mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tidak mengandungi kolestrol yang tinggi pada darah
  • Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi
Meningkatkan daya tahan tubuh:
  • Mengandungi dan membantu fungsi sistem daya tahan tubuh, melindungi tubuh dari kaser payudara, kanser colon dan kanser
  • Berfungsi sebagai antioksidan serta mengurangkan radang kronis
  • Membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya yang mempercepatkan kadar penuaan dan penyakit degeneratif
  • Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan benign prostatic hyperplasia (pembesaran prostate)
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
  • Membantu mencegah sakit lever dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain
Membunuh virus, bakteria dan kulat.
  • Membunuh virus yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes
  • Membunuh bakteria yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea
  • Membunuh kulat yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi yang lain
  • Melemahkan dan membunuh cacing pita, lice, giardia, dan parasit


Rujukan: Buku “ The Healing Miracles of Coconut Oil : Dr.Bruce Fife” dan Interne

26 November, 2007

Apakah yang di tuntut oleh HINDRAF

Untuk mengetahuinya
cuba pergi sini http://mymassa.com/myvoice/index.php?itemid=66 korang baca ler tengok apa yg diorang nak. Fikir fikirkan lah.....

KITA DAN AKU

Kita Dan Aku
Saya dan Anda masih lagi berbicara dalam topik komunikasi. Tips motivasi kali ni, saya kongsikan 3 cara untuk membuat Anda disenangi ramai, tak kira di dalam Internet ataupun di dunia sebenar.Pertama, ikhlas dan bersederhana. Means tak terlalu merendah diri dan tak terlalu meninggi diri atau rasa Anda hebat baik dari orang lain. Anda akan disenangi bila Anda mendulukan orang lain, ikhlas berkawan dan tak melebihkan diri sendiri. Kalau boleh, kongsikan sebanyak mungkin ilmu, info atau berita yang Anda tahu.Kedua, jadi pendengar yang baik. Bila mendengar orang bercakap, dengar sampai dia habis bercakap, baru Anda sambung atau beri pendapat. Kredibiliti Anda akan tercemar bila Anda suka memotong cakap orang dan "mengkondem" orang yang datang meminta pendapat Anda.Ketiga, gunakan perkataan "kita". Latih diri Anda untuk buang perkataan "aku" dan gunakan perkataan kita dalam perbualan. Elak untuk memaki-maki, mencela atau memandang sebelah mata pada orang lain.Selain tu, elak asyik bercerita tentang kehidupan diri sendiri dan lebihkan bercerita tentang hal yang boleh membuat Anda rapat dengan orang yang Anda bawa bercakap tu, lebih-lebih lagi bila suka filem yang sama, makanan yang sama, buku yang sama atau idola yang sama. Dengan itu, timbul keserasian, kesannya, Anda dapat menjadi sebahagian dari rakan-rakannya.Alhamdulillah, pengalaman 3 tahun dalam bidang sales dan akhir sekali sebagai customer service officer banyak mengajar saya. Sekarang, tiba masanya untuk saya kongsikan dengan Anda pula. Orang lain akan senang dengan kita bila kita bersangka baik dan membuat mereka rasa senang. Ini yang dinamakan ketampanan sosial.

Catatan ini aku salin dari Blog shueqry.

22 November, 2007

12 BARISAN

Barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :"mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"

Barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya,mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa2 itu

Barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka Barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut "mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka

Barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7: diiringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran

Barisan ke-8: diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di neraka. sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"

Barisan ke-9: diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru,sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya

Barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan derhaka,memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah swt."