30 Oktober, 2007

Betul kah Melayu Begini

Baru kejap tadi bila aku buka inbox email aku, terkedu aku bilamana terbaca satu seloka yang dihantar kepada aku, timbul persoalan dalam benak ku..BETULKAH MELAYU BEGINI..?

Seloka - "Melayu" Dimana Kau?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
Tapi apakah yang kita tahu,
cuma baca nak halau hantu

29 Oktober, 2007

Menangis: Sensitif atau lembik?


Menangis: Sensitif atau lembik?
Oleh Salina Abdullah
JARANG-JARANG rasanya dapat melihat lelaki menitiskan air mata tetapi hakikatnya, mereka juga menangis. Mungkin ramai lelaki, yang egonya keterlaluan, menafikannya kenyataan ini tetapi usahlah membuang masa, sudah terang lagi mahu bersuluh, lelaki juga menangis!Ramai lelaki tidak mahu mengakui yang hati mereka mudah tersentuh, mata mudah bergenang, senang terasa sebak lalu menitiskan air mata kerana kononnya lelaki yang menangis, tidak macho (tidak jantan). Relevankah?Cuba kita perhatikan sekeliling, tidak perlu jauh, perhatikan bapa atau datuk, abang juga adik lelaki, paling tidak teman lelaki atau suami, betapa mudah juga mereka berasa sebab, menitiskan air mata, petanda mereka juga manusia biasa, tiada yang luar biasa, ada emosi, punya rasa."Lelaki yang kata mereka tidak menangis kerana kononnya kalau menangis tidak macho, pada saya mereka 'bodoh'. Hal emosi, suka, gembira, duka, apatah lagi menangis tiada kena-mengena dengan soal macho, kejantanan atau kelakian."Lelaki juga ada hak dan berhak menangis. Ia membabitkan hal keperimanusiaan, soal hati dan perasaan, tidak kira yang gembira atau menyedihkan," kata Azhar Khairuddin, 46.Azhar yang bertugas sebagai Pengarah Urusan mengakui dia seorang lelaki yang amat mudah menitiskan air mata.Hal membabitkan kanak-kanak juga orang tua amat mudah membuat hatinya tersentuh dan tanpa disedari air mata menitis membasahi pipi.Bagi Azhar, sifatnya itu bukan sesuatu yang memalukan malah dia bangga berperasaan begitu kerana ia menandakan ia seorang manusia yang sensitif dan berhati perut."Kisah kanak-kanak didera dan orang tua yang dihantar ke pusat penjagaan orang tua paling mudah membuat saya sebak. Saya sering bertanya pada diri sendiri manusia bagaimana yang sanggup menganiaya dan mendera kanak-kanak begitu kejam dan anak bagaimana yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua."Pada saya, jawapan mahukan ibu bapa mendapat penjagaan lebih baik di rumah orang tua langsung tidak boleh diterima. Kita sebagai anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa sampai bila-bila sebagaimana ibu bapa menjaga kita kalan senang mahupun susah," katanya yang pernah 'memukul' adiknya gara-gara meninggikan sedikit suara ketika bercakap dengan ibu satu ketika dulu.Selain isu kanak-kanak dan orang tua, Azhar yang pernah mengetuai misi bantuan kemanusiaan pemuda Umno di Afghanistan beberapa tahun lalu, juga mudah tersentuh dalam perkara berkaitan semangat patriotisme.Penulis yang juga mengikuti misi berkenaan bersama Azhar, menyaksikan 'kelembutan' hati beliau dengan mata kepala sendiri. Dalam semangat berkobar menyanyikan lagu Negaraku, air matanya meleleh membasahi pipi.Satu perkara yang lebih menggelikan hati mengenai Azhar, dia juga tidak boleh mendengar apatah lagi menyanyikan lagu raya bertajuk Satu hari di Hari Raya nyanyian bertajuk M Nasir."Terutama liriknya yang berbunyi Ku lihat wajah suci ibuku, Ku lihat wajah kasih ayahku, Ku gembira, Mungkin inilah dia kebahagiaan, ia benar-benar menyentuh hati saya," katanya yang juga menitiskan air mata tiap kali takbir raya bergema.
Jurutera, Rashdan Rosli, 37, juga seperti Azhar. Tidak langsung terfikir kelelakiannya tercabar hanya kerana tidak lokek menitiskan air mata.Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang sensitif, Rashdan bukan saja menangis ketika sedih malah saat gembira juga mampu membuatkan beliau menitiskan air mata."Saya menangis sedih paling teruk ketika datuk meninggal dunia pada 1997 dulu. Saya amat rapat dengannya dan pemergiannya membuatkan saya rasa kehilangan sesuatu yang amat berharga."Saya juga menangis gembira ketika lulus ujian kejuruteraan dulu. Terlalu gembira. Kesimpulannya, tidak bermakna apabila lelaki menangis, lelaki itu tak kuat, tak 'jantan', tak macho, cuma hati tersentuh dengan sesuatu kejadian," katanya yang mudah menitiskan air melihat kanak-kanak dianiaya dan didera.Nyata Azhar dan Rashdan manusia normal jika melihat pada penjelasan pakar psikiatri University of Minnesota, Dr William Frey seperti dipetik daripada Wikipedia.Katanya, dalam soal menangis, tiada beza antara lelaki dan wanita. lelaki dan wanita mengalami tekanan emosi yang serupa dan lelaki seperti wanita juga berhak untuk menangis supaya jiwanya tidak tertekan.Cuma, katanya, lelaki sengaja menahan air matanya supaya tampak perkasa dan jantan. Ia berkaitan dengan cara didikan. lelaki diajar tidak boleh menangis, mereka harus menahan rasa sedih dan menitiskan air mata."Kalau perempuan menangis, ia perkara biasa. Anggapan inis emua hanyalah satu budaya, yang diamalkan turun-temurun. Hakikatnya, lelaki juga menangis apabila berlakus esuatu yang menyentuh hati mereka. Malah, dalam keadaan tertentu, mereka boleh menangis tersedu-sedu seperti anak kecil," katanya.Oleh itu, lelaki, jejaka sekalian, jangan takut untuk menangis. Ia perkara yang perlu dilakukan. Buat apa menahan sedih hingga terasa sebab di dada. takut dianggap lembik, tidak macho oleh wanita? Jangan! Itu tindakan dan andaian yang salah.
INFO: MenangisMenangis adalah satu akitiviti normal manusia. Tidak kira anda lelaki atau wanita, kedua-duanya mempunyai hak yang sama untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata.Ada bermacam-macam jenis ..menangis� dan semuanya mempunyai kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Mata juga boleh bergenang, berair dan merembeskan air mata ketika memotong bawang umpamanya; air mata meleleh ketika mengalami saat sukar atau sekadar mengimbas kembali kenangan dan pengalaman pahit.Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Kajian menunjukkan ramai yang tertekan berasa lega selepas menangis begini. Inilah yang dikatakan 'tangisan yang berkesan', memberi kesan yang baik pada emosi seseorang sebagaimana ketawa.
ps: Terima kasih kpd. teman Myspace - ReeHan..!

28 Oktober, 2007

Pagi nie nampak cerah cuaca alhamdulillah.. terang benderang. Apa aku nak buat eek..orang rumah ada program apa pun tak tau kat sekolah dia, akhirnya teringat nak memancing, selepas sarapan aku hidupkan enjin kereta, ajak anak anak tak nak pulak diorang nak ikut..panas katanya.. Okay lah aku sorang jer lah nampaknya..

Pancing kat mana..?kat kolam berbayar jer..sejam rm3.00 boleh lah...Tempat dia dalam kawasan Hospital Tanjung Rambutan..huhuhu..tempat cantik...hari nie kurang baik sikit..ikan Talapia yang banyak..ikan besar besar sepeti Patin, Ara dan Sebarau tak nak makan..bukan tak nak makan kot, tak sempat, disambar dek ikan Talapia..Lagi pun air kolam tu hari nie banyak sangat..sampai melimpah..petang semalam hujan lebat kat situ kata penjaga kolam..Penyudahnya balik tangan kosong..huhuhu...

26 Oktober, 2007

Kesan Dari Air Batu


For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this "sludge" reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.
A serious note about heart attacks - You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line.
You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....
Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas
sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.


:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

25 Oktober, 2007

Bapa Pengsan bila tahu Nuraisyah peluk Islam


Perjalanan yang ditempuh oleh Nuraisyah Chua Abdullah atau nama asalnya Chua Bee Teen sebagai seorang Muslim sangat perit. Namun Nuraisyah pasrah dan sangat bersyukur dengan apa yang ditempuh selama ini.

Nuraisyah sendiri tidak menyangka dia perlu melalui sekian banyak perubahan. Ketika membuat keputusan untuk memeluk agama Islam sewaktu berusia 19 tahun, terlalu banyak perkara mengenai agama ini yang tidak diketahuinya. Rupa-rupanya untuk menjadi seorang Muslim menuntut banyak pengorbanan.

Semasa kecil, tidak banyak yang diketahui oleh Nuraisyah tentang agama Islam. Anak pasangan pendidik ini sering mengikuti neneknya ke tokong Cina, manakala pada waktu lain mengikuti kelas Kristian yang diadakan secara percuma bersama tiga kakaknya. Tetapi akhirnya kelas ini tidak lagi dihadiri apabila ayahnya memikirkan ia tidak perlu kerana mereka beragama Budda, bukannya nya Kristian. Nuraisyah sering pula mempersoalkan beberapa adat Cina yang dianggap membazir dan
tidak perlu. Misalnya upacara membakar wang kertas neraka, baju kertas, kereta kertas yang dikatakan untuk kegunaan mendiang datuknya di sana. Tetapi apabila hal tersebut terus-menerus dipersoalkan, Nuraisyah ditegur kerana dianggap tidak menghormati adat resam orang-orang Cina.

Ketika berada di tingkatan enam, Nuraisyah merasai perubahan di sekelilingnya apabila rakan-rakan sekelasnya lebih ramai yang bangsa Melayu dan kuat pula pegangan Islam mereka.

"Keadaan sungguh berbeza, apa lagi ketika itu saya tinggal di asrama. Setiap kali masuk waktu sembahyang, saya akan mendengar laungan azan. Apabila bercakap mengenai masa, mereka sering merujuk waktu sembahyang, misalnya selepas Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Saya rasa sungguh janggal, kerana saya tidak tahu langsung mengenai waktu-waktu tersebut," cerita Nuraisyah.

Subjek Sejarah Islam yang diambil, sedikit sebanyak menambah pengetahuannya tentang Islam. Nuraisyah rajin menghafal potongan surah-surah al-Quran, dengan tujuan agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi dia tidak menyangka guru-guru di sekolahnya menganggap dia berminat dengan agama Islam, sehingga seorang guru wanita berusaha mendekatinya dengan menghadiahi buku-buku agama kepadanya.

Hati Nuraisyah mulai terbuka untuk menerima Islam. Banyak persoalan yang berlegar di kepalanya sebelum ini, ada jawapannya dalam Islam. Atas dorongan guru tersebut dan rakan-rakannya, akhirnya Nuraisyah pun memeluk agama Islam, tanpa pengetahuan keluarganya. Ketika ketiga-tiga kakaknya menganut agama Kristian selepas masing-masing tamat peperiksaan STPM, Nuraisyah melihat reaksi ayahnya yang tidak menyukai perubahan itu. Tetapi akhirnya ayahnya menerima perubahan tersebut dengan alasan agama Kristian tidak banyak berbeza dengan agama Budda.

Sewaktu pertama kali mendengar kata-kata Nuraisyah bahawa dia sudah pun menjadi seorang Muslim, ayahnya menerima berita tersebut bagai halilintar membelah bumi. Ayahnya pengsan, lantas dikejarkan ke hospital. Doktor mengesahkan ayahnya mengalami tekanan darah tinggi. Sejak itu ayahnya menghadapi masalah tidur dan penyakitnya semakin serius dari hari ke hari. Masalah Nuraisyah sentiasa menghantui fikirannya. Semua orang menuding jari - ini semua salah Nuraisyah!

Nuraisyah tetap dengan pendiriannya, meski berhadapan dengan cemuhan keluarga, di samping pelbagai halangan yang terpaksa dilalui dalam mengamalkan disiplin sebagai seorang Muslim. "Dulu, saya sering berkongsi makanan dengan nenek, dan saya mengemas meja selepas makan. Tetapi sekarang tidak boleh lagi. Saya sukar menerangkan kepada mereka mengenai kesucian dan kebersihan dalam Islam. Melihat perubahan ini, seluruh ahli keluarga tidak berpuas hati dengan saya. Rasa sedih dan tertekan menyebabkan saya mencari jalan keluar dengan bekerja sambilan di luar. Saya tahu perkara ini menjejaskan perhubungan dengan mereka, tapi saya bukannya sengaja," kata Nuraisyah.

Nuraisyah pernah diugut oleh ayahnya, semata-mata mahu dia kembali ke agama asal. Antara ugutan yang paling menyedihkan ialah pengumuman yang dibuat di akhbar bahawa dia adalah anak derhaka yang telah menyebabkan ayahnya sengsara. Pergerakan Nuraisyah juga dikawal ketat, sama ada oleh ayahnya sendiri atau penyiasat persendirian yang diupah. Ketika di rumah, hampir setiap masa Nuraisyah dimarahi oleh ayahnya, atau dilontarkan kata-kata sinis terhadapnya. Ternyata ayahnya begitu kecewa.

Keputusan STPM yang memberangsangkan menambah kekecewaan ayahnya, hanya kerana Nuraisyah seorang Muslim. Pemilihan universiti berlatarbelakangkan Islam dianggap masa hadapan yang gelap untuk Nuraisyah. Kini sudah tiada lagi ruang perbincangan dengan ayah.

Melangkah kaki ke universiti, bukanlah tiket untuk Nuraisyah berasa gembira dan terlepas daripada tekanan perasaan yang dialami selama ini. Sikapnya yang suka bertanya menyebabkan dia disisihkan rakan-rakan. Bahasa Melayu yang tidak mendalam juga menyebabkan Nuraisyah sering terpinggir dan keseorangan. Pelbagai cabaran dilalui oleh Nuraisyah ketika di universiti. Kadangkala kata-katanya disalahtafsir, sehingga pernah tersebar khabar angin mengatakan dia hendak murtad. Peristiwa demi peristiwa yang dilalui mengajarnya agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Semasa sedang berjuang menghabiskan pengajian di peringkat sarjana, Nuraisyah diperkenalkan kepada seorang pemuda oleh salah seorang pensyarahnya. Nuraisyah menerima baik perkenalan itu dan selepas mengadakan solat istikharah, dia yakin pemuda tersebut adalah pilihan yang sesuai untuknya.

Majlis pernikahan dengan Ramzyzan Ramly, pemuda yang berasal dari Kedah, berjalan dengan lancar. Walaupun ia perkahwinan antara dua bangsa, namun kedua-dua belah pihak dapat menyesuaikan diri dan majlis yang amat bererti itu berjalan dalam suasana gilang-gemilang, dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Hari ini, Nuraisyah berasa puas dengan kehidupan yang dilaluinya bersama suami dan dua puteri, Nurafiqah Farhani dan Nurqistina Nabilah.

Dalam kesempatan yang ada, Nuraisyah meluahkan pengalaman dalam buku yang ditulisnya bertajuk "Kisah Saya Saudara Baru". Buku yang baru diterbitkan pada awal tahun ini berkisar mengenai pengalamannya mengharungi pahit getir sebagai seorang saudara baru. Pengalaman-pengalaman tersebut disampaikan melalui cerita-cerita pendek yang diharap dapat menjadi teladan kepada sesiapa sahaja. Kini dia bertugas sebagai pensyarah undang-undang di salah sebuah institusi pengajian tinggi dalam negara.

Dipetik dari majalah i, terbitan Krangkraf

24 Oktober, 2007

Bahagia Tanpa Syarat

Artikel ini di copy dari blog "Pantang Menyerah" milik blogger dari Indon sama lah kita menafaatkannya yang baik jadikan Panduan yang buruk jadikan Tauladan...

10 Unsur 'Bahagia Tanpa Syarat'

APAKAH 'BAHAGIA TANPA SYARAT' ITU ?

Kita hidup di masyarakat yang menyebarkan mitos "Saya akan bahagia jika .....". Misalnya : Saya akan bahagia jika punya rumah, mobil, pasangan yang baik dan seterusnya. Artinya kita telah dikondisikan bahwa bahagia itu hanya bisa dicapai jika memenuhi persyaratan tertentu - dan biasanya syarat itu berupa faktor eksternal.

Berhenti sejenak dari kegiatan anda. Tarik napas dalam-dalam, rasakan udara yang masuk dan keluar paru-paru anda, dan lakukan lah beberapa kali.

Bagaimana rasanya ? Anda merasa lebih segar, rileks dan nyaman, bukan ?

Kita tak perlu punya status atau jabatan tertentu, bekerja keras atau tidak, tak perlu memenuhi kualifikasi apapun untuk merasakan nikmatnya bernafas.

Kita sepenuhnya berhak, tanpa syarat. Tak perlu harus kaya dahulu, punya suami/istri yang istimewa, dan lain-lain.

Apa yang akan terjadi ketika anda tiba-tiba menyadari bahwa bahagia - seperti halnya nafas - adalah hak lahir anda ? Apa yang terjadi jika anda bisa merasakan bahagia yang TERBEBAS dari kondisi eksternal hidup anda?

MENGAPA MEMILIH 'BAHAGIA TANPA SYARAT'?

- Anda akan merasa senang, gembira, positif - sungguh sangat menyenangkan (mungkin ini jawaban anda juga)

- Anda akan lebih banyak mengisi waktu di masa sekarang daripada menyesali masa lalu atau mengkhawatirkan masa depan

- Arah dan tujuan hidup akan semakin jelas seiring berjalannya waktu - mereka tidak datang via telegram tapi akan muncul dengan sendirinya ketika anda mulai rileks dan lebih bisa pasrah.

- Anda mendadak bisa mengerti apa yang telah dicapai dalam hidup dan mengapa. Kemudian dengan perubahan sederhana, anda bisa memulai hidup yang sesuai dengan yang anda inginkan

- Anda akan meninggalkan kekhawatiran dan mulai menikmati hidup. Mungkin anda akan berfikir tentang masa depan dengan penuh kegembiraan, antusiasme, kesenangan seperti yang anda nikmati di masa kini. Dan optimisme itu membuat anda tak sabar menunggu hari esok.

- Anda akan sering merasakan 'sukses' yang anda cari selama ini.

Orang-orang yang gembira & positif akan 'menarik' hal-hal, situasi dan pengalaman yang akan memberikan mereka kesenangan lebih lanjut, termasuk materi.

UNSUR-UNSUR BAHAGIA TANPA SYARAT

1.APA YANG ENGKAU FOKUSKAN AKAN MENINGKAT

Fokus, adalah titik utama dimana kita mengarahkan energi pikiran dan perasaan.

Jika kita fokus pada hal negatif, maka pikiran dan perasaan kita lebih peka untuk mendeteksi hal-hal yang negatif, akibatnya kita merasa porsi negatif dalam pengalaman hidup kita lebih banyak dari porsi positifnya.

Kalau saat ini anda belum tahu/menyadari dimana fokus anda, perhatikan saja pendapat anda sendiri tentang kualitas hidup anda. Apapun yang anda rasakan saat ini tentang hidup anda, menunjukkan dimana selama ini anda berfokus.

Ubah fokus anda jika perlu, dan pilihlah fokus yang akan mendatangkan apa yang anda inginkan. Jaga selalu fokus anda, karena mungkin saja anda kembali ke fokus yang lama.

2.RASA SYUKUR ADALAH PENDORONG UTAMA

Rasa syukur adalah pendorong utama kebahagiaan. Dengan bersyukur, seluruh energi anda tetap terfokus pada hal-hal yang sebenarnya anda inginkan.

Jika anda kecewa, tidak puas, maka disadari atau tidak, maka fokus anda akan bergeser kepada pada hal-hal yang mendatangkan kecewa dan energi anda tercurah kesana. Anda segera bisa menghitung betapa seringnya rasa kecewa anda alami. Jika ini membuat anda tidak nyaman, segeralah bersyukur !

3.MANUSIA MENYUKAI KEBIASAAN

Psikolog ternama, Virginia Satir, pernah berkata bahwa daya yang paling kuat dari manusia adalah mempertahankan kebiasaan. Kita punya kecenderungan alami untuk menolak perubahan, terutama yang radikal.

Jika suhu tubuh tiba-tiba turun 20 derajat, atau keasaman darah turun beberapa PH, kita akan mati seketika. Tubuh dan otak kita mempunyai kontrol untuk menjaga keseimbangan yang disebut 'homeostasis'.

Ketika kita mengalamai perubahan, maka sensor-sensor 'kebiasaan' di jaringan syaraf kita akan memperingatkan otak dan sistem tubuh akan mengambil tindakan untuk mengembalikannya ke kondisi stabil. Ini dapat menjelaskan mengapa banyak orang yang berusaha berubah tetapi kembali lagi ke kebiasaan lamanya.

Jadi, ketika anda bertekad untuk berubah, maka biasanya di fase awal berlangsung lancar, sampai mencapai ambang batas/ sensor2 kebiasaan tadi. Sehingga ada penolakan, baik dari tubuh maupun pikiran. Ini harus disadari & diterima sebagai bagian perubahan. Setelah itu, ketika kesetimbangan baru telah tercapai, maka anda akan merasakan 'point of no return' bahwa pikiran dan perasaan yang mengingatkan anda pada kondisi sebelumnya tidak lagi mengganggu anda. Itu berarti anda telah berhasil.

4.WHAT THE THINKER THINKS, THE PROVER PROVES

Menurut Robert Anton dalam buku "Promotheus Rising", akal sebenarnya mempunyai 2 bagian; thinker/pemikir dan prover/pembukti.

Thinker sangat fleksibel, bisa berpikir bumi itu bulat atau rata, pria itu rasional dan wanita itu intuitif atau sebaliknya, ia bisa berpikir dunia ini sempit atau luas, dunia ini penuh penderitaan atau kebahagiaan, dan seterusnya.

Jargon NLP mengenai hal ini adalah "The lunch is not the meal and the map is not the territorry".

Prover perilakunya sangat sederhana : apa yang dipikirkan 'thinker' maka ia akan membuktikannya. Ia akan memilih/mencari data-data di dalam otak anda untuk mendukung pernyataan 'thinker'. Jika kita berpikir bahwa orang miskin adalah orang yang malas dan bodoh, maka 'prover' akan mencari bukti-bukti yang mendukung ide tersebut.

Jika kita meyakini diri kita bodoh, maka prover akan menyediakan bukti bahwa klaim tersebut 'benar' dan menolak bukti yang mengatakan sebaliknya, demikian pula jika kita menganggap diri kita ini brilyan. What the thinker thinks the prover proves.

Mudah sekali melihat hal ini pada orang lain, misal : "si Anu itu kok PD amat ? Padahal dia itu bla...bla...bla..." (sekarang anda bisa memahami mengapa si Anu demikian - karena the prover dalam dirinya memberikan bukti yang mendukung) tetapi ternyata sulit untuk menyadari hal yang sama pada diri sendiri, karena anda - begitu juga saya - percaya bahwa memang hal tersebut 'sungguh-sungguh benar dan faktual'.

Padahal, mungkin itu hanya 'limiting belief' (kepercayaan yang membatasi) dikarenakan kita sudah terbiasa - lihat kembali no. 3.

5.PENERIMAAN ADALAH PELUMAS PERUBAHAN & PERKEMBANGAN

Penerimaan berarti bahwa kita mengenali realita dari situasi yang ada.

Penerimaan adalah lawan dari pengingkaran. Banyak orang menggunakan pemikiran positif untuk mengingkari realitas situasinya saat ini. Ini justru membuat keadaan makin buruk.

Dengan menerima kondisi apa adanya, anda berada di posisi yang paling baik untuk membuat perubahan. Jika seorang alkoholik telah mengakui dan menerima keadaannya, maka ia sudah berada di jalur yang benar untuk berubah.

6.YANG DIINGINKAN ADALAH 'RASA'

Bukanlah 'kaya raya', 'turun berat badan', 'bebas secara finansial' dst yang diinginkan melainkan 'rasa' yang muncul ketika kondisi-kondisi tersebut tercapai.

Jangan salah paham, menjadi kaya, berlibur, hubungan yang harmonis, makan siang yang lezat adalah hal-hal yang menyenangkan, hanya saja, dengan pemahaman diatas, kita menyadari bahwa pengalaman eksternal tersebut tidak menjamin anda merasa bahagia, damai dan berpuas diri. 'Rasa' itu TIDAK bergantung pada hal-hal eksternal di atas. 'Rasa' itu adalah produk internal diri kita sendiri .

Ironisnya, semakin sering kita menggunakan 'rasa' tersebut, semakin cepat dan semakin mudah hal-hal eksternal tadi muncul dalam hidup kita. Jadi, biasakanlah (ingat kembali unsur no 3) diri kita dengan 'rasa' itu dan kita akan segera berada dalam situasi yang diinginkan.

7.BERSEDIALAH MENERIMA

Seandainya ada seseorang ingin memberikan uang 100 juta kepada anda, maukah anda menerimanya? Kemungkinan besar, anda akan bertanya dulu "apa syaratnya?". Sejak awal, anda tak percaya bahwa itu gratis, karena anda TIDAK MERASA LAYAK MENERIMANYA.

Bahagia adalah hak lahir anda, jadi bersedialah untuk menerimanya.

Manusia menghabiskan waktu mengejar kebahagiaan, tetapi pada menit-menit terakhir - karena merasa tidak layak menerimanya - melakukan apapun untuk menghindarinya. Konyol, tetapi demikianlah kenyataannya.

Jadi kita perlu berkata pada diri sendiri "Saya memutuskan/mengijinkan diri saya untuk untuk berbahagia setiap saat", dan terimalah (unsur no 5) apapun pikiran & perasaan yang muncul dan berterimakasih serta bersyukur karenanya (unsur no 2).

Lakukan setiap hari sampai engkau terbiasa dan tak merasa perlu melakukannya lagi (unsur no 3)

8.GUNAKAN AFFIRMASI PENUH KEKUATAN

Bahasa merupakan sarana utama untuk memfokuskan pikiran seseorang. Oleh karena itu, pemilihan kata-kata yang tepat dalam Affirmasi menjadi penting untuk mendapatkan fokus yang jelas dan bisa dibuktikan (tips no 4 : What the thinker thinks the prover proves)

Misalnya, affirmasi 'saya ingin kaya' dapat diubah menjadi 'saya bersyukur semakin kaya'. 'Saya mencoba menurunkan berat badan' diubah menjadi 'saya berhasil mengurangi berat badan saya' dan seterusnya.

Pengalaman yang didapat adalah 'bersyukur', berhasil, dan 'semakin kaya' serta' 'mengurangi berat badan saya' dapat diterima sebagai suatu progress/kemajuan tanpa mengingkari realita (unsur no 5).

9.SEMUANYA BAIK-BAIK SAJA, TAK ADA YANG PERLU DITAKUTKAN

Ketakutan, kekhawatiran dan kecemasan hanya akan datang jika seseorang membayangkan hal-hal yang tidak menyenangkan di masa lalu atau di masa datang. Ketika kita mengijinkan diri kita untuk memikirkan hanya saat ini saja, maka kita akan menyadari bahwa semuanya baik-baik saja dan tak ada yang perlu ditakutkan.

Rasa takut berguna untuk mengingatkan kita sebagai bagian dari insting survival. Tetapi ketika dikombinasikan dengan kemampuan manusia untuk membayangkan masa lalu dan masa depan, ia hanya menciptakan problem seperti stress, was-was & rasa cemas.

Berhentilah membaca sesaat. Fokuskan perhatian anda pada napas anda dan ijinkan diri anda untuk mengamati pikiran dan perasaan yang mengalir melalui kesadaran anda.

Ingatlah, pikiran dan perasaan tersebut BUKANLAH anda, mereka hanyalah proses yang timbul dalam diri anda. Sensasi apapun yang muncul terhadap masa depan atau masa lalu anda adalah perasaan TENTANG pikiran, bukan terhadap realitas anda saat ini.

10.ANDA SUDAH BERADA DISANA !

Hal yang menghalangi anda untuk merasakan ketenangan dan kepuasan saat ini adalah gagasan bahwa ketenangan dan kepuasan ada DISANA, di tempat lain, di suatu saat nanti, di pengalaman yang berbeda, di kesempatan yang akan datang dan seterusnya.

Kenyataannya, ketika anda mencapai 'disana' maka, segera saja 'disana' itu berubah menjadi disini karena anda akan mempunyai gagasan-gagasan baru tentang adanya 'disana-disana' yang lain. Jadi berhentilah bergulat dengan kenyataan, sadarilah dan rasakan kenyamanan dari kesadaran anda bahwa anda selalu berada di TEMPAT YANG TEPAT.

Ketika anda mencari kedamaian, maka anda berasumsi bahwa anda tidak memilikinya. What the thinker thinks the prover proves, sehingga pikiran anda akan memfilter sedemikian rupa untuk membuktikan bahwa anda tidak memilikinya. Semakin anda mencari, semakin jelas dalam pikiran anda bahwa tidak memilikinya atau bahkan berpikir tidak layak mendapatkannya. Sehingga menjadi pencarian tiada akhir, atau akhirnya anda putus asa.dan memutuskan bahwa kedamaian (atau apapun itu) tidak ada. Kalaupun ada, bukan untuk anda.

Berhentilah mencari. Kedamaian, cinta, kepuasan ada di dalam diri anda sendiri. Ketika anda berhenti dari kesibukan mencari hal-hal tersebut di tempat lain, ketika anda berserah diri dan pasrah, justru pengalaman-pengalaman yang anda inginkan mulai mendatangi anda.

KESIMPULAN

Jika kita membiasakan diri memfokuskan pikiran kita pada 'rasa' yang ingin kita dapatkan, maka kita berada di jalur yang tepat menuju 'bahagia tanpa syarat'.

Itu karena segera 'the prover 'dalam diri kita akan memberikan bukti-bukti yang mendukung.

Gunakan affirmasi yang tepat disertai kesadaran bahwa bahagia adalah hak lahir anda dan bahwa anda memutuskan untuk menerimanya dan sudah berada di tempat yang tepat untuk menerimanya. Tak ada yang perlu diingkari Pengingkaran hanya membuat anda tidak mengenali situasi anda sendiri dengan jernih.

Fokuskan 'rasa' itu disini, di saat ini juga, bersedialah menerima pengalaman yang muncul dan bersyukurlah. Karena bahagia akan segera timbul dari dalam diri anda.

The Giant Keli




Hoo..hoo.. Korang pernah ke tengok ikan Keli sebesar ini...satu kampung boleh makan nie..aku pun tak pernah nampak secara live ikan sebesar ini..agak agak korang apa la..yang di makan dek ikan Keli nie eek..?

23 Oktober, 2007

Kampung ku Permai

Hah..Ini ler jalan nak masuk ke rumah aku..gambar nie aku ambil waktu pagi..pd hari raya kedua tahun nie..yang putih tu kabus...sejuk woooo....kat kampung, biasa ler masih lagi boleh tengok kabus..kalau kat bandar Ipoh mana ada lagi dah kabus..jerubu ada ler..huhuhu...Tambah tamb kalau tinggal kat kilang Tasek simen..sesak nafas dibuatnya..


Salam semua.....
Posting aku yang pertama kira kira mukaddimah ler nie..huhuhu.
Inilah famili aku...yang sulong berusia 20 tahun...dan yang bongsu berusia 12 tahun. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana mengurniakan kehidupan yang baik. Aku bahagia dengan keluargaku sekarang, walaupun tak semewah mana tapi alhamdulillah...aku di kurniakan dengan zuriat yang boleh dikatakan ramai juga.huhuhu..

Rakan rakan akau masa sekolah dulu macam mana diorang ekk...Bukan apa, lepas jer zaman sekolah langsung tak dengar berita..ada ler dua tiga orang yang masih berhubung...Yang sorang tu Baharin bin Sidon..sekarang ni dah jadi Penolong Kanan di sebuah sekolah di utara, yang sorang lagi Zulfakar, dia kat Pejabat Tanah di Kulim sorang lagi Hasbullah dia pula kat Mardi Bukit Tangga..kat Changlun ler..Lepas tu Suhaimi..dia ni Pegawai Waran kat mana pun tak tau..dah tak ingat, tu pun jumpa sekali..tak tau ler dah pencen ker belum...yang lain lain tu tak pernah jumpa...kalau dapat jumpa best juga yer tak...!! Nak kena buat gathering nie..