17 Disember, 2007

Afirmasi - Makna Dan Peranan

Posted: 28 Nov 2007 07:28 AM CST -

By. Shueqry

Salam pembaca blog. Kali ni dalam tips kuasa minda, saya berkata tentang afirmasi, dalam bahasa Ingerisnya di sebut "affirmation". Afimasi merupakan ayat pernyataan diri yang kita ucapkan pada diri sendiri.

Jika Anda melihat seorang model iklan yang cantik lalu memuji kecantikannya, itu adalah pernyataan diri Anda kepada model tu. Afirmasi dapat meningkatkan kuasa minda separa sedar. Selain afirmasi, kuasa minda separa sedar dapat dipertingkatkan melalui kaedah visualisasi, imaginasi, gambaran minda dan meditasi.

Setiap perkataan yang kita baca, dengar dan yang kita ucap ulang-ulang memberi getaran emosi yang berlainan. Banyak perkataan yang kita ucap sehari-hari adalah perkataan yang negatif, lebih-lebih seperti memberi keseronokan pula mengumpat keburukan orang lain. Ini realiti, bukan niat saya untuk menyindir sesiapa kerana saya sendiri pernah melaluinya ( ni kesilapan peribadi saya di masa lalu).

Secara tak sedar, andai kita suka mengumpat keburukan orang lain sama ada yang diucap atau di dalam hati, kita menanam benih afirmasi negatif dalam minda separa sedar lalu menyebabkan sukar untuk kita mengubahnya. Justeru, minda separa sedar kita menarik fikiran negatif orang lain pada kita, situasi negatif, perkara dan benda-benda negatif juga. Antara pernyataan diri negatif yang selalu saya dengar adalah:

"saya tak dapat buat".

"memang dah nasib saya asyik ditimpa masalah".

"semua yang saya usahakan tak menjadi"

"ada-ada saja masalah yang muncul tiap bulan"

"saya tak bijak, tak cantik dan tak mampu melakukannya".

Cuba sebut perkataan ni berulang-ulang, apakah perasaan yang timbul pada diri Anda? Rasa macam takde harapan, ye tak? Kesannya, Anda semakin lemah, takde keyakinan, rasa rendah diri, terasa takde harapan dan terasa orang lain lebih bertuah pula dari Anda.

Lebih ekstreme, merasa Tuhan tak adil sebab selalu memberi Anda musibah. Jadi, untuk memotivasikan diri dan menyuntik semangat membara pada diri Anda, tukar ayat afirmasi tu kepada yang lebih positif.

Tiada ulasan: