10 Disember, 2007

Antara 'curi-curi ke dapur dan pisang goreng berminyak'


Posted by: "umar faruqi" faruqi03@yahoo.com ustazzmuda
Mon Jul 9, 2007
Dr Harlina: Antara 'curi-curi ke dapur dan pisang goreng berminyak'
Nyza Ayob


Penulis tertarik dengan cerita Ketua Wanita JIM, Dr Harlina Halizah Siraj
sewaktu bersembang dengannya selepas sidang akhbar yang dikendalikan
baru-baru ini. Kebetulan waktu itu menjelang sambutan hari ibu.

Jadi, perbualan kami banyak berkisar pada kisah ibu Dr Harlina. Daripada
ceritanya, dapatlah penulis mengenali dengan lebih dekat pakar obstetrik
dan ginekologi HUKM ini.

Apa yang menarik bukan sahaja kenangan Dr Harlina bersama ibunya, bahkan
ceritanya mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita sebagai ibu bapa.

Pengalaman pertama kali ke dapur mungkin dialami setiap orang.
Bagaimanapun
apa yang ingin dikongsi bersama pembaca ialah kisahnya yang curi-curi ke
dapur.

"Waktu itu saya masih bersekolah rendah. Suatu hari ibu dan ayah tiada di
rumah. Saya berasa bosan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Tiba-tiba
terdetik di hati saya untuk memasak. Sedangkan sebelum itu saya tidak
pernah memasak kerana ibu melarang disebabkan saya masih terlalu kecil.

"Kebetulan ada pisang di dapur. Saya terdetik untuk menggoreng pisang.
Tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk membuat pisang goreng. Maklumlah
selama ini hanya tahu makan sahaja. Akhirnya saya ambil pisang-pisang tu
dan membuang kulitnya lalu terus masukkan ke dalam minyak di atas dapur.
Memang pisang tu jadi lembik dan tersangat berminyak. Saya jadi hairan
kenapa pisang goreng tu tidak seperti yang ibu masak

"Bila ibu pulang, saya jadi takut kerana bimbang dimarahi ibu. Maklumlah
saya masuk ke dapur waktu ibu tiada dan pisang goreng pulak jadi lembik
dan
berminyak. Tapi apa yang mengejutkan saya, ibu memuji saya kerana memasak.
Paling tidak saya sangka, walaupun pisang goreng itu tidak disalut tepung
seperti biasanya, ibu makan juga pisang goreng saya. Ibu bukan sahaja
memuji dan tidak memarahi saya, malah daripada itu ibu mula mengajar saya
serba sedikit memasak, "cerita Dr Halina sambil ketawa mengingatkan kisah
penuh nostalgia itu.

Jelas Dr Harlina, sewaktu itu beliau berasa cukup dihargai. Walaupun
banyak
kekurangannya bagi anak kecil sepertinya sewaktu itu, mendapat pujian
daripada ibu setelah melakukan sesuatu yang baru merupakan sesuatu yang
paling menggembirakan.

Cerita Dr Harlina bersama ibunya mungkin sedikit sebanyak memberi
pengajaran kepada para ibu bapa supaya menghargai apa yang dilakukan
anak-anak. Walaupun apa yang dilakukan anak mungkin ada kekurangan dan
kesilapan, tidak salah rasanya kita memuji serta menghargai apa yang
dilakukan.

Tidak mustahil jika ada anak-anak yang hanya melakukan seperti Dr Harlina
itu, ada ibu yang melenting.

Mungkin ada ibu yang menghamburkan kata-kata, "Siapa suruh kau masak?
Dahlah tu, orang buat pisang goreng bukan macam ni. Berminyak! lembik!
siapa nak makan? Buanglah jawabnya, membazir lah ni!".

Harap-harap jika ada anak melakukan percubaan pertama, kita cuba untuk
menghargainya sambil memperbetulkan serta mengajar apa yang sepatut
dilakukan.

Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak serta memaki hamun apabila
menegur kesilapan anak-anak merupakan antara 40 kesilapan yang dilakukan
ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ini antara yang dinyatakan pakar
motivasi Dato' Dr Hasan Ali.

Dalam suasana seperti yang dialami Dr Harlina itu, anak bukan sahaja
terasa
diri dihargai bahkan kemesraan antara ibu dan anak semakin erat.

Apabila menyentuh tentang kemesraan dalam keluarga, penulis teringat
kata-kata nasihat Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ismail Noh dalam satu
sesi
temu ramah bersamanya.

Bagi membentuk satu institusi keluarga yang harmoni katanya, kesibukan
dengan tugas serta karier bukanlah penghalang bagi ibu bapa meluangkan
masa
bersama anak-anak.

"Luangkanlah masa seketika bersarapan bersama anak-anak. Bagi saya, waktu
sarapan ialah waktu yang cukup baik untuk kita bersama anak-anak walau
seketika. Tidak kira sama ada yang beragama Islam atau bagi agama lain,
keadaan ini harus diterapkan dalam kehidupan harian. Biarlah kita bermesra
sejenak dengan anak-anak.

"Pastikan juga apabila kita pulang dari kerja, anak-anak juga sudah berada
di rumah. Dan panggillah anak-anak dengan panggilan yang baik. Dekati
mereka sambil bertanya masalah yang dihadapi. Apabila kita mendidik mereka
biarlah berterusan. Sebaik-baik pekerjaan itu berterusan ," demikian kata
Ustaz Ismail.

Nasihat Ustaz Ismail lagi, pendidikan kepada anak-anak mestilah
berpanjangan. Sungguhpun anak-anak sudah berumah tangga serta tinggal
berasingan, kita masih berpeluang bermesraan serta bertanya khabar mereka.

Hubungan yang rapat ini katanya tidak akan terputus. Hasilnya anak-anak
akan melihat kebaikan yang dicurahkan ibu bapa serta akan menghargainya.

Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan serta melahirkan
suasana yang kurang seronok ketika makan juga merupakan antara kesilapan
ibu bapa dalam mendidik anak, yang dinyatakan Dr Hassan Ali.

Mungkin jika suasana sebegini diterapkan kepada anak-anak, tidak akan
timbul isu 'anak derhaka' sebagaimana yang dilaporkan media kebelakangan
ini.

Sebagai ibu bapa rasanya tidak salah kita menjadi pendengar yang setia
bagi
setiap permasalahan anak serta menjadi sahabat serta kawan yang paling
akrab. Dan sebagai anak cubalah memahami segala teguran ibu bapa kerana
setiap teguran itu tidak lain hanya untuk membawa kebaikan yang
berterusan.
- mks.

Tiada ulasan: