19 Disember, 2007

Membina Asas Kuasa Minda

Hasil tulisan Shueqry - Blog Motivasi pembangunan diri.

Saya seringkali ditanya bagaimana saya boleh membina kuasa minda dalam diri, gerak hati yang kuat dan segalanya yang berkaitan. Rasanya saya masih lagi "murid" dalam ilmu kuasa minda dan disebabkan itu saya tak berhenti belajar menimba ilmu. Namun, saya akan beritahu pada Anda semua apa yang saya pelajari.

Syarat pertama, Anda perlu ada disiplin. Means bila Anda melihat sesiapa jua, mendengar sesuatu, menyentuh sesuatu dan berkata tentang sesuatu, fokus pada nilai-nilai positif saja. Ini adalah konsep paling asas untuk membina fikiran positif, dengan itu Anda boleh menarik yang positif.

Kedua, amalkan meditasi secara konsisten. Mula-mula 5 minit dalam sehari, kemudian 10 selama minit, selepas tu 2o minit, berlatih lagi sehingga Anda mampu lakuannya selama lebih 30 minit. Dengan meditasi, Anda mampu mengawal fikiran, emosi dan gelombang minda, kesan daripada itu memberi ketenangan pada jiwa Anda.

Ketiga, sanggup elak dari berada di dalam keadaan tertekan sama ada dalam keadaan fizikal ataupun mental. Untuk mempraktikkan kuasa minda, Anda perlu berada di dalam emosi yang tenang, suasana yang tenang fikiran yang tak kacau, setenang air mengalir di sungai. Relaks saja, jangan terlalu gopoh.

Bagi saya, cara terbaik untuk meditasi adalah dengan zikir, mula-mula beristighfar, selawat dan kemudian barulah zikir sehingga berasa benar-benar tenang. Kuasa minda meningkat bila kita semakin tenang, semakin relaks dan semakin santai, tapi jangan sampai tertidur pula!.

Tiada ulasan: