Posted by: "umar faruqi" faruqi03@yahoo.com ustazzmuda
Mon Jul 9, 2007
Dr Harlina: Antara 'curi-curi ke dapur dan pisang goreng berminyak'
Nyza Ayob
Penulis tertarik dengan cerita Ketua Wanita JIM, Dr Harlina Halizah Siraj
sewaktu bersembang dengannya selepas sidang akhbar yang dikendalikan
baru-baru ini. Kebetulan waktu itu menjelang sambutan hari ibu.
Jadi, perbualan kami banyak berkisar pada kisah ibu Dr Harlina. Daripada
ceritanya, dapatlah penulis mengenali dengan lebih dekat pakar obstetrik
dan ginekologi HUKM ini.
Apa yang menarik bukan sahaja kenangan Dr Harlina bersama ibunya, bahkan
ceritanya mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita sebagai ibu bapa.
Pengalaman pertama kali ke dapur mungkin dialami setiap orang.
Bagaimanapun
apa yang ingin dikongsi bersama pembaca ialah kisahnya yang curi-curi ke
dapur.
"Waktu itu saya masih bersekolah rendah. Suatu hari ibu dan ayah tiada di
rumah. Saya berasa bosan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Tiba-tiba
terdetik di hati saya untuk memasak. Sedangkan sebelum itu saya tidak
pernah memasak kerana ibu melarang disebabkan saya masih terlalu kecil.
"Kebetulan ada pisang di dapur. Saya terdetik untuk menggoreng pisang.
Tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk membuat pisang goreng. Maklumlah
selama ini hanya tahu makan sahaja. Akhirnya saya ambil pisang-pisang tu
dan membuang kulitnya lalu terus masukkan ke dalam minyak di atas dapur.
Memang pisang tu jadi lembik dan tersangat berminyak. Saya jadi hairan
kenapa pisang goreng tu tidak seperti yang ibu masak
"Bila ibu pulang, saya jadi takut kerana bimbang dimarahi ibu. Maklumlah
saya masuk ke dapur waktu ibu tiada dan pisang goreng pulak jadi lembik
dan
berminyak. Tapi apa yang mengejutkan saya, ibu memuji saya kerana memasak.
Paling tidak saya sangka, walaupun pisang goreng itu tidak disalut tepung
seperti biasanya, ibu makan juga pisang goreng saya. Ibu bukan sahaja
memuji dan tidak memarahi saya, malah daripada itu ibu mula mengajar saya
serba sedikit memasak, "cerita Dr Halina sambil ketawa mengingatkan kisah
penuh nostalgia itu.
Jelas Dr Harlina, sewaktu itu beliau berasa cukup dihargai. Walaupun
banyak
kekurangannya bagi anak kecil sepertinya sewaktu itu, mendapat pujian
daripada ibu setelah melakukan sesuatu yang baru merupakan sesuatu yang
paling menggembirakan.
Cerita Dr Harlina bersama ibunya mungkin sedikit sebanyak memberi
pengajaran kepada para ibu bapa supaya menghargai apa yang dilakukan
anak-anak. Walaupun apa yang dilakukan anak mungkin ada kekurangan dan
kesilapan, tidak salah rasanya kita memuji serta menghargai apa yang
dilakukan.
Tidak mustahil jika ada anak-anak yang hanya melakukan seperti Dr Harlina
itu, ada ibu yang melenting.
Mungkin ada ibu yang menghamburkan kata-kata, "Siapa suruh kau masak?
Dahlah tu, orang buat pisang goreng bukan macam ni. Berminyak! lembik!
siapa nak makan? Buanglah jawabnya, membazir lah ni!".
Harap-harap jika ada anak melakukan percubaan pertama, kita cuba untuk
menghargainya sambil memperbetulkan serta mengajar apa yang sepatut
dilakukan.
Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak serta memaki hamun apabila
menegur kesilapan anak-anak merupakan antara 40 kesilapan yang dilakukan
ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ini antara yang dinyatakan pakar
motivasi Dato' Dr Hasan Ali.
Dalam suasana seperti yang dialami Dr Harlina itu, anak bukan sahaja
terasa
diri dihargai bahkan kemesraan antara ibu dan anak semakin erat.
Apabila menyentuh tentang kemesraan dalam keluarga, penulis teringat
kata-kata nasihat Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ismail Noh dalam satu
sesi
temu ramah bersamanya.
Bagi membentuk satu institusi keluarga yang harmoni katanya, kesibukan
dengan tugas serta karier bukanlah penghalang bagi ibu bapa meluangkan
masa
bersama anak-anak.
"Luangkanlah masa seketika bersarapan bersama anak-anak. Bagi saya, waktu
sarapan ialah waktu yang cukup baik untuk kita bersama anak-anak walau
seketika. Tidak kira sama ada yang beragama Islam atau bagi agama lain,
keadaan ini harus diterapkan dalam kehidupan harian. Biarlah kita bermesra
sejenak dengan anak-anak.
"Pastikan juga apabila kita pulang dari kerja, anak-anak juga sudah berada
di rumah. Dan panggillah anak-anak dengan panggilan yang baik. Dekati
mereka sambil bertanya masalah yang dihadapi. Apabila kita mendidik mereka
biarlah berterusan. Sebaik-baik pekerjaan itu berterusan ," demikian kata
Ustaz Ismail.
Nasihat Ustaz Ismail lagi, pendidikan kepada anak-anak mestilah
berpanjangan. Sungguhpun anak-anak sudah berumah tangga serta tinggal
berasingan, kita masih berpeluang bermesraan serta bertanya khabar mereka.
Hubungan yang rapat ini katanya tidak akan terputus. Hasilnya anak-anak
akan melihat kebaikan yang dicurahkan ibu bapa serta akan menghargainya.
Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan serta melahirkan
suasana yang kurang seronok ketika makan juga merupakan antara kesilapan
ibu bapa dalam mendidik anak, yang dinyatakan Dr Hassan Ali.
Mungkin jika suasana sebegini diterapkan kepada anak-anak, tidak akan
timbul isu 'anak derhaka' sebagaimana yang dilaporkan media kebelakangan
ini.
Sebagai ibu bapa rasanya tidak salah kita menjadi pendengar yang setia
bagi
setiap permasalahan anak serta menjadi sahabat serta kawan yang paling
akrab. Dan sebagai anak cubalah memahami segala teguran ibu bapa kerana
setiap teguran itu tidak lain hanya untuk membawa kebaikan yang
berterusan.
- mks.
10 Disember, 2007
Antara 'curi-curi ke dapur dan pisang goreng berminyak'
Posted by
Papaya
at
9:17 PG
0
comments
08 Disember, 2007
KACUKAN BABI DAN BIRI-BIRI


Salam semua..
Gambar yang mengejutkan, baru baru ini aku menerima gambar yang tak disangka-sangka, nak kata biri biri bukan, nak dikata babi pun bukan. Tapi hakikatnya korang tengok ler gambar yang aku lampirkan ini. Adakah ianya super impose..? kalau sekiranya super impose kira kita nie bernasib baik ler..tapi kalau sebaliknya, maksud aku gambar ini adalah gambar ori dan ianya adalah hasil kacukan antara biri-biri dan babi bagaimana..? apakah daging kambing yang diimport dan di jual di kebanyakkan hypermarket di Malaysia ni HALAL..?
Aduh..apa dah jadi nie... apakah sikit masa lagi kita akan menghadapi lambakkan bahan makanan yang tidak halal. Sekarang pun kita masih tertanya tanya apakah status halal yang yang tertera logo halal di pembalut atau bungkusan sesuatu barangan itu ternyata 'kehalalannya', kerana ada terdapat logo halal yang luput tarikhnya pun masih berada di pasaran kita. Kalau nak pasti lawati laman ini PERIKSA HALAL.
Dari gambar di atas, sama sama lah kita semua mengambil iktibar bahawa musuh musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk melemahkan umat Islam seluruh dunia dengan cara yang yang amat halus.
Sekian buat kali ini. Jumpa lagi....semoga semuanya berkesudahan baik.
Posted by
Papaya
at
1:55 PTG
0
comments
04 Disember, 2007
MERBAHAYANYA CACING DALAM BADAN
Posting dari seseorang berkenaan dengan cacing. Harap-harap dapat memberi panduan buat kita semua. Insyaallah...!!!
Assalamualaikum.
Pada minggu lepas, sewaktu bertugas di Ampang, seorang warga asing Islam keturunan Bangladesh telah datang ke klinik. Pada awalnya, saya menyangka anaknya yang berumur 4 tahun itu mengalami demam kerana wajahnya yang sugul dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, bapanya telah memberitahu bahawa 2 hari lepas ketika anaknya membuang air besar, anaknya ada memberitahu terjumpa beberapa ekor "ular" di dalam najisnya.
Bagai tidak percaya, bapanya sendiri melihat, dan mendapati beratus-ratus ekor cacing kecil yang bergumpal, sebesar bola golf keluar dari punggung anaknya. Saya dengan rasa gerun (anda tak gerun ke tengok cacing kelua dari punggung manusia?) pun memeriksa... betul kata si ayah... ada 6 ekor cacing halus (? Pinworm : Enterobius Vermacularis) menggeliut di sekeliling lubang dubur. Saya terus memakai sarung tangan, mengambil salotape dan melekatkannya di tempat cacing tersebut untuk mengalihkannya.
Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak.
Cacing-cacing yang popular di Malaysia (tak payah AFUNDI lah.. :) :-
- Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) - besar macam gelang... boleh
- Cacing kerawit (Necator Americanus) - ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!... ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
- Cacing rambu atau cacing benang - selalu melekat di kawasan dubur, halus
- Cacing pita - macam pita, pipih tapi panjang... susah nak dibunuh..
** Masa kami belajar perubatan dulu kami diwajibkan mengenal cacing-cacing ni sebab masuk periksa - sekali dia menguit... dah tahu jantan betina... hehehe.. ***
Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-
- * Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam-
- * Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
-
- * Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
* Demam, ruam-ruam badan, alahan
- * Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)
Apa yang anda perlu buat :-
1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada
Ada 2 jenis ubat cacing
1. Albendazole/
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya
2. Pirantel Pamoate
Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.
Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala di atas.. maka bolehlah datang ke klinik secepat mungkin... jangan jadikan anda mangsa cacing... dan khusus kepada kaki pancing yang tengah gian.... jangan jadikan "cacing anda" sebagai umpan... kua.. kua.. :)
Posted by Dr Azwan
Posted by
Papaya
at
2:55 PTG
1 comments
28 November, 2007
Saya bersetuju 100% dengan saranan ahli parlimen Johor Bharu yang juga Pengerusi JK Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Shahrir Abd Samad. Dalam kesempitan hidup berenang di dalam arus kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang tidak putus-putus, lalu bila terbit idea dan saranan yang bernas kita perlu segera menyahut dan menyokongnya.
Dari JB Shahrir mencadangkan agar kerajaan membeli sahaja keseluruhan pegangan saham Plus Expressway Berhad atau PLUS sebagai langkah mengelakkan kadar kenaikkan tol lebuh raya. PLUS kini merupakan satu-satunya pemegang konsesi lebuh raya yang terbesar menguasai lebuhraya Utara- Selatan dan sebahagain besar yang menuju ke Bandaraya KL.
Kata beliau pembelian itu nanti akan menjadikan aset PLUS sebagai aset awam, lalu isu kenaikkan harga tol dan pampasan yang perlu dibayar kerajaan dapat dikaji dan disemak semula sekaligus melepaskan rakyat dari bebanan kenaikkan kadar tol yang berpanjangan.
Banyak perkara boleh dirundingkan semual oleh PLUS termasuklah tempoh pinjamannya dengan bank apabila PLUS dikuasai kerajaan.
Idea Shahrir ini perlu dikaji dan diambil kira. Yang ada dihadapan kita adalah ancaman dari Menteri Kerjaraya, Samy Vellu, bahawa jika kadar tol tidak dinaikkan bermula Januari 2008 nanti kerajaan terpaksa membayar pampasan RM380 juta kepada pemegang konsesi. Mengapa kita tidak fikirkan jalan penyelesaian? Mengapa kita tidak pertahankan nasib dan kebajikan rakyat?
Idea Shahrir ini bagi saya satu punca penyelesaian dan jika ia tidak dipandang serius, maka rakyatlah nanti akan menjadi mangsa memikul beban-beban yang baru sedangkan beban yang ada sudah melemahkan lutut masing-masing. Mungkin sudah sampai masanya kabinet Malaysia diisi orang seperti Shahrir dan bukannya yang ketandusan idea seperti yang ada hari ini.
From: Roslan SMS Corner
Posted by
Papaya
at
3:57 PTG
0
comments
TIGA BELAS AURAT WANITA
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Posted by
Papaya
at
11:10 PG
0
comments