23 Oktober, 2007


Salam semua.....
Posting aku yang pertama kira kira mukaddimah ler nie..huhuhu.
Inilah famili aku...yang sulong berusia 20 tahun...dan yang bongsu berusia 12 tahun. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana mengurniakan kehidupan yang baik. Aku bahagia dengan keluargaku sekarang, walaupun tak semewah mana tapi alhamdulillah...aku di kurniakan dengan zuriat yang boleh dikatakan ramai juga.huhuhu..

Rakan rakan akau masa sekolah dulu macam mana diorang ekk...Bukan apa, lepas jer zaman sekolah langsung tak dengar berita..ada ler dua tiga orang yang masih berhubung...Yang sorang tu Baharin bin Sidon..sekarang ni dah jadi Penolong Kanan di sebuah sekolah di utara, yang sorang lagi Zulfakar, dia kat Pejabat Tanah di Kulim sorang lagi Hasbullah dia pula kat Mardi Bukit Tangga..kat Changlun ler..Lepas tu Suhaimi..dia ni Pegawai Waran kat mana pun tak tau..dah tak ingat, tu pun jumpa sekali..tak tau ler dah pencen ker belum...yang lain lain tu tak pernah jumpa...kalau dapat jumpa best juga yer tak...!! Nak kena buat gathering nie..

Tiada ulasan: