28 Oktober, 2007

Pagi nie nampak cerah cuaca alhamdulillah.. terang benderang. Apa aku nak buat eek..orang rumah ada program apa pun tak tau kat sekolah dia, akhirnya teringat nak memancing, selepas sarapan aku hidupkan enjin kereta, ajak anak anak tak nak pulak diorang nak ikut..panas katanya.. Okay lah aku sorang jer lah nampaknya..

Pancing kat mana..?kat kolam berbayar jer..sejam rm3.00 boleh lah...Tempat dia dalam kawasan Hospital Tanjung Rambutan..huhuhu..tempat cantik...hari nie kurang baik sikit..ikan Talapia yang banyak..ikan besar besar sepeti Patin, Ara dan Sebarau tak nak makan..bukan tak nak makan kot, tak sempat, disambar dek ikan Talapia..Lagi pun air kolam tu hari nie banyak sangat..sampai melimpah..petang semalam hujan lebat kat situ kata penjaga kolam..Penyudahnya balik tangan kosong..huhuhu...

Tiada ulasan: